Lamunan maut Theresa Butler


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Satu demi satu butir tidur ditelan oleh Theresa Butler yang kelihatan begitu cemas dengan masalah peribadinya berpunca daripada soal kewangan, hutang dan timbunan kerja yang tertangguh.

Sudah tiga butir ubat tidur ditelannya tetapi matanya kelihatan cekang seolah-olah baru daripada tidur. Theresa cukup bosan dengan dirinya yang tidak pernah dengan dirinya yang tidak pernah sunyi dengan masalah. Matanya tidak tahu letih sekalipun sudah beberapa kali tegukan arak diambilnya untuk mempercepatkan proses tidur.

Theresa tidak pula sedar berapa butir ubat tidur yang sudah ditelannya. Dia ingin mengambil dos yang akhir untuk lantas tidur. Tetapi bila berbuat demikian dirinya tidak juga mahu berehat.

Dia bergegas ke bilik untuk membuang air kecil bila tiba-tiba rasa gelap dan kemudiannya perlahan-lahan melutut dan rebah. Tubuhnya dirasakan lemah macam sayur. Nafasnya semakin pendek dan akhirnya seluruh tubuhnya tersepuk di lantai. Dia tidak sedarkan diri.

Keesokan harinya Theresa ditemui dalam bilik air oleh anggota keluarganya. Keadaannya yang kaku mendorong keluarganya bertindak cepat membawanya ke klinik.

Bila sampai di sana, pemeriksaan dilakukan dan mendapati degupan jantungnya sudah berhenti. Tekanan darah mendatar dan sepi dan pergerakan saraf juga telah tamat. Theresa disahkan mati.

Pemeriksaan kedua dijalankan sebelum tubuh Theresa dibawa ke bilik mayat. Doktor mengesahkan Theresa meninggal dunia kerana mengambil ubat tidur berlebihan.

Tubuh Theresa diletakkan di atas meja panjang dan kemudiannya diselimutkan dengan kain putih sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.



Agak lama juga tubuh Theresa tersadai di atas meja sebelum dimasukkan ke peti sejuk. Sejurus kemudian, seorang petugas makmal mendapati berlaku pergerakan pada dagu Theresa. Ini adalah satu gerakan yang luar biasa kerana biasanya yang bergerak pada mayat cumanya tangan dan kaki untuk melepaskan tegang saraf. Tapi pergerakan pada dagu amat ganjil.

Agak terkejut dengan apa yang dilihatnya maka petugas itu memanggil ketua blik mayat. Pemeriksaan dilakukan dan kemudianya Theresa dengan pantas dihantar ke bilik kecemasan khusus untuk pesakit yang menghadapi koma.

Dalam bilik koma dia diberi rawatan cemas dan dipuluhkan. Lima hari kemudian Theresa pulang ke rumah setelah dapat berjalan. Theresa dianggap bernasib baik kerana terselamat daripada dimasukkan ke dalam peti mayat atau di dalam keranda untuk dikebumikan.



VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.