Kapal tanpa manusia hilang 9 tahun dijumpai semula


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,



GHOST SHIP: KAPAL BESAR TANPA MANUSIA DIJUMPAI SEMULA SETELAH 9 TAHUN HILANG

1 Sept 2018 - Pihak berkuasa Myanmar melaporkan sebuah kapal besar bernama 'Sam Ratulangi PB1600' telah dijumpai di perairan Myanmar oleh para nelayan. 

Tiada manusia di atas kapal tersebut dan tidak terdapat sebarang tengkorak atau kesan tembakan. Kapal itu kelihatan uzur, berkarat dan tiada sebarang kargo.

Rekod terakhir pergerakan kapal tersebut ialah di perairan Taiwan pada 2009. Kapal sepanjang 177 meter itu dipercayai dibina pada 2001.

Kerajaan Myanmar dan pihak maritim negara tersebut masih bertanda-tanya bagaimana kapal sebesar itu boleh belayar selama 9 tahun tanpa dikesan oleh mana-mana tentera laut di 5 negara.

Untuk sampai ke Myanmar, kapal tersebut perlu melalui perairan Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia.






(Sumber: The Guardian UK, Russia Today)

Sumber: 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1926463697655847&id=1483506985284856




VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.