Laman Utama » » Empat (4) amalan yang perlu dilakukan oleh waris untuk membantu roh ibu bapa di alam barzakh

Empat (4) amalan yang perlu dilakukan oleh waris untuk membantu roh ibu bapa di alam barzakh

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


Jangan fikir pabila ibu bapa, suami, isteri atau anak yang telah meninggal dunia, kita sebagai waris yang masih hidup tidak dapat membantu roh mereka...




baca ni...

Apabila timbul persoalan bagaimana ingin melakukan kebaikan kepada mereka yang telah meninggal dunia terutamanya ibu bapa, suami atau isteri, anak serta keluarga terdekat kita, Abu Usaid al-Saidi berkata, "Ada seorang yang datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan berkata: "Ya Rasulullah, apakah masih mungkin saya berbuat baik kepada kedua orang tua saya yang telah meninggal dunia, kerana saya tidak tahu bagaimanakah keadaan yang dilalui mereka setiap hari.

Baginda menjawab:

"Ya, ada empat cara yang boleh kamu terus lakukan walaupun mereka telah meninggal dunia.

Pertama, jangan tinggalkan di dalam doa kamu supaya sentiasa menyebut mengenai mereka.

Kedua, tunaikanlah janji yang ingin dipenuhi oleh mereka ketika hidup dahulu, tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya. Pahala daripada amalan perbuatan baik yang dilakukan akan sampai pahalanya kepada mereka yang sudah meninggal dunia.

Ketiga, muliakanlah sahabat dan teman yang baik terhadap arwah sewaktu dia hidup dahulu, kerana dengan berbuat demikian, Allah akan tunjukkan amalan itu kepada arwah.

Keempat, sambung silaturahim yang menjadikan kamu dan dia tidak mendapat kasih sayang, melainkan daripada kedua-duanya."

- Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani
Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.