Disaat marah sudah tidak tertahan lagi.. baca ni


ORANG YANG KUAT BOLEH MENGAWAL KEMARAHANNYA




 (الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ *وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ* وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ)
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan *orang-orang yang menahan kemarahannya*, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[Surat Ali-Imran :3 ;134]


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: " *Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergaduh* (memukul/menyakiti/membuli orang lain), tapi *orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah*.” 
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim. Status: Sahih)

Nota:

Hadith di atas menjelaskan, seseorang itu perlu menahan diri daripada sifat marah yang menguasai dirinya, seperti memukul, menghina, memaki ketika marah pada seseorang yang lebih lemah daripadanya.

Marah adalah sifat tercela yang menyebabkan kepada banyak kebinasaan. Akibatnya akan ada yang memukul, mencederakan, memaki, menghina, berdendam, dengki dan membunuh serta berasa puas hati sekiranya orang yang dimarahi (cedera, pukul, bunuh dll) mendapat malapetaka (dengan membahasakan "padan muka").

Membiasakan diri ketika marah dengan 2 perkara:

1.Menahan marah

Marah itu umpama anjing buruan. Menahan marah bermaksud mengajarnya sehingga ia (marah) dapat mengikuti peraturan syara' dan awal.

2.Ilmu & Pekerjaan

Apabila perasaan marah itu sedang membuak-buak di dalam hati, kita perlu menahannya dengan menggunakan *ilmu pengetahuan dan pekerjaan*

Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan - seseorang itu perlu tahu, tidak ada sebab untuk dirinya marah terhadap yang lain kerana tidak ada yang terjadi melainkan semuanya adalah qada' dan qadar ALLAH S.W.T. Pemarah patut juga mengetahui, kemarahan ALLAH itu lebih besar daripada kemarahannya.

Pekerjaan yang dimaksudkan - Pemarah wajib mengikut setiap perintah ALLAH daripada mengikut hawa nafsu sendiri yang menyebabkan kamu menjadi marah sampai mencederakan / memukul / menghina /memaki/membunuh orang lain.

Mukmin yang kuat lebih disukai ALLAH daripada mukmin yang lemah.

Kekuatan seseorang bukan terletak pada fizikalnya

Orang yang kuat adalah yang berjaya mengawal nafsu menahan marah

Orang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikiran, hilang pertimbangan, lidahnya akan memaki hamun dan anggotanya mungkin bertindak diluar kawalan.

Kekuatan mukmin bukan terletak kepada kemenangan semasa berkelahi tetapi kemampuan menguasai emosi di saat ia sedang marah.

Latihlah diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut dan pemaaf. Kawal dan kuasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.