Bila isteri berkerja, ini yang selalu suami lupa




NAFKAH ZAHIR

Berapa banyak nak bagi ni? 
Sesiapa yang dah kawin atau baru kawin kena tahu bab ini. Bab nafkah zahir adalah salah satu yang jadi kewajiban para suami kepada isteri menurut Islam. 

Ada suami silap faham bila isteri sama-sama kerja atau pendapatan isteri lebih banyak daripada suami, dianggap suami tidak perlu keluar duit untuk isteri. 
Ini silap!
Isteri bekerja dengan kebenaran suami.
Tapi itu tidak melepaskan tanggungjawab suami untuk memberi nafkah kepada isteri. 

Nafkah makan minum
Nafkah pakaian - ada ulama' berpendapat 2 persalinan setahun sekurang-kurangnya. 
Nafkah ubat-ubatan sekiranya sakit
Nafkah tempat tinggal yang sesuai
Nafkah perhiasan dan alat mandi/persolekan isteri sewajarnya. 

Berapa banyak perlu diberi?
Bergantung kepada pendapatan dan tanggungan suami. Kalau besar pendapatannya, besar jugalah nafkah kepada isteri. Ibarat seorang ustaz pernah berkata kalau suami makan tengahari di Pavillion, takkan nafkah makan tengahari isteri nasi lemak RM 2 😅😅

Kalau suami berbelanja ribu raban untuk sport rim kereta nya, takkan tak boleh keluarkan duit untuk solekkan isteri atau hantar isteri ke spa. Takkan nak kereta je nampak cantik, isteri serupa Cinderella kena dera. Kalau bercuti luar negara pun mampu, takkan isteri nak bersalin di pusat perubatan swasta berbidankan doktor perempuan pun lokek poketnya. Pendekata nafkah zahir itu bergantung kepada pendapatan dan perbelanjaan suami juga. 

Jadi, duit isteri yang bekerja untuk apa?
Isteri ni jarang kedekut. Selalunya duit itu lah yang diguna untuk anak-anak dan belanja keluarga. Sekiranya dirancang baik-baik dan suami minta tolong isteri untuk sama-sama berbelanja untuk keluarga, jarang isteri jadi berkira. Sebab susah sama susah, senang sama senang. Kalau suami susah banting tulang siang malam, takkan isteri nak biarkan. Mesti kena bantu sedikit sebanyak. 

Dan para isteri, bila dapat suami yang bertanggungjawab dan murah hati, banyak-banyak lah berdoa bila suami hulurkan duit, moga Allah tambah rezeki suami, bagi dia sihat sampai hidup tua bersama kita. Suami bagi duit bukan sahaja tanda dia sayang kita, tapi sebab dia tahu tanggungjawab dia di sisi Allah. Untuk setiap sen yang dia bagi, dia buat amal kebaikan untuk dicatat malaikat. Jangan mudah merungut kalau apa yang dibagi tak cukup. Tulis atas kertas perbelanjaan diperlukan dan berapa yang kita boleh bantu. Biar jelas. Bukan apa, lelaki ni memang susah faham kalau kita tak beritahu atau bagi hint sipi-sipi.
Memang itulah lelaki 😂😂😂

Bersyukurlah. 
Isteri kena belajar bersyukur dengan pemberian suami. Suami kena belajar bersyukur dapat isteri yang tak high maintenance ala-ala diva. 
Tapi jangan sampai kedekut dengan isteri. 
Sebab kalau kita sakit pun, bukan kawan-kawan atau kereta cantik kereta yang tolong picit kepala kita, isteri kita jugak! 

Terasa nooo..
Takpa, kita cuma #Membebelsayang 
Buat panduan orang baru kawin naaa..🤣


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.