BAM : Datuk Lee Chong Wei disahkan menghidap barah hidung

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Beliau telah banyak berjasa mengharumkan nama negara.... moga diberikan kesembuhan

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh negara Datuk Lee Chong Wei telah didiagnosis dengan barah hidung peringkat awal.

Perkara itu disahkan oleh Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria dalam satu kenyataan ringkas.

"Sebagai maklum balas terhadap laporan berkaitan Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan pemain itu telah didiagnosis menghidap barah hidung peringkat awal.


"Chong Wei kini mendapatkan rawatan di Taiwan dan memberi maklum balas baik terhadap rawatannya. Beliau kini sedang berehat untuk pulih di samping keluarga dan rakan terdekat.

Tambah Norza, bagi pihak Chong Wei, beliau berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan rasa peduli.

"Sokongan anda adalah sumber kekuatan dan ketabahannya," kata Norza yang menyeru semua pihak menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya.

BAM sentiasa mendapatkan perkembangan mutakhir tentang Chong Wei dan sedia menawarkan sebarang sokongan kepada legenda badminton negara itu.

Sumber : Astro Awani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.