Apakah itu Saniyatil Wada' yang kita selalu nyanyi masa maal hijrah

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Lepas sarapan ni..
Ada orang bertanya..

ما هي ثنيات الوداع ؟

Tahukah anda apakah itu

Saniyaatil Wada'

Dalam nasyid kita biasa dengar

طلع البدر علينا من ثنية الوداع

Tala'al badru 'alaina min saniyyaatil wada'

(Telah muncul purnama penuh keatas kita,,)

ما هى ثنية الوداع؟
Kalau begitu
Apakah itu Saniyaatil Wada'?

ولماذا سميت ثنية الوداع

Dan kenapa pula dinamakan Saniyaatil Wada'??

ولماذا أول من إستقبل الرسول صل الله عليه وسلم هن نساء أهل المدينة وليس الرجال

Dan kenapa pada saat yang menyambut baginda Rasulullah saw datang berhijrah dari mekah ke madinah...

Sesampainya di madinah..

Para wanita yang menyambut kedatangan Nabi...Bukan lelaki.??

Ada pendapat mengatakan

1 –الثنية هو طريق ضيق بين جبل سلع واللابة الغربية (جبل فى المدينة)

Ath-Saniyya ialah satu lorong sempit yang berada ditengah tengah dua bukit,,

Diantara bukit Sela' dan bukit berbatu hitam disalah sebuah bukit di bahagian barat madinah..

Dan Wada' pula
Ialah bermaksud

Berpisah, seperti haji Wada' tawaf Wada'

Ada juga pendapat mengatakan,,
Lorong ini adalah lorong..

Penduduk Madinah melambai perpisahan kepada para musafir yang nak berangkat kearah kota Syam iaitu Syria atau ke kota Mekah..

Ada juga pendapat yang mengatakan..

2-ثنية الوداع هذا المكان كان وكر للفساد
وتدبير المؤامرات من قبل اليهود وشرب الخمر
وكان مكان لقطاع الطرق واللصوص
وكان الذى يمر منه يودع الحياة

Thaniatil Wada' ini adalah

Tempat lepak golongan2 penyamun penyangak perompak penjahat...

Tempat yang biasa golongan mereka ini melakukan rancangan jahat terhadap siapa yang lalu di lorong ini....

Dan ini juga diantara tempat kesukaan yahudi mabuk yang menogok arak mabuk mabukkan..
Dan Tempat2 berkumpul para pencuri.

Dan menghalang pedagang2 atau sesiapa sahaja yang melaluinya.

وكان الأوس والخزرج يخافون الإقتراب من ثنية الوداع

Dan..Dahulu kabilah Aus dan Khazraj amat takut untuk mendekati lorong Saniyaatil Wada'

حيث أشاع اليهود أنه من يقترب هذا الطريق ﻻ يرجع

Kerana dizaman itu..Golongan yahudi ini menviralkan atau memomokkan..

Sesiapa sahaja yang melalui lorong Saniyaa ini...

Pasti tidak akan pulang bernyawa...

Iaitu yang dinamakan Wada'
Iaitu lorong Thaniya pemisah hidup dan mati..

2-وكان الصحابة ينتظرون الرسول فى الطرق الرئيسية

Dan sahabat2 baginda Rasulullah s a w apabila mendengar yang Rasulullah saw

Akan tiba di madinah...

Sahabat sahabat semua menanti baginda dijalan utama...Jalan umum....

ولم يخطر ببالهم أنه صل الله عليه وسلم يسلك طريق ثنية الوداع

Dan sahabat2 tidak menyangka yang baginda akan melalui lorong bahaya Thaniatil Wada'...

2-ولكن الله أمر الناقة القصواء بسلوك طريق ثنية الوداع

Tetapi Allah swt sengaja

Melawan arus mengarahkan unta baginda agar melalui jalan yang tidak dijangkakan iaitu lorong Thaniatil Wada'

حيث قال الرسول لكل من يقترب من الناقة (دعوها فإنها مأمورة)
Dalam sebuah Hadis Nabi ada sebut.....

Setiap tempat yang dilalui oleh unta ini,,

Biarkan ia berjalan sendiri,,
Kerana Allah lah yang sudah mengatur jalan mana yang terbaik untuk ia lalui..

ليثبت كذب اليهود وإفتراءات المشركين ويبدد خوف الأوس والخزرج

Bila unta yang membawa baginda melalui lorong Thaniyatil Wada' ini..

Secara tidak langsung membuktikan kedustaan golongan yahudi dan membongkar kejahatan golongan musyrikin...

Dan meleraikan menghilangkan ketakutan yang selama ini menghantui Aus dan Khazraj,,

Tiada apa yang perlu ditakutkan 

وأنه صلى الله عليه جاء بالدين الحق الذى يقضى على الخزعبلات والخرافات ويؤمن الناس وطرقاتهم

Baginda Rasullah s a w datang membawa agama yang jelas dan benar yang menghapuskan keserabutan dan khurafat yang selama ini menjadi mitos  dan momokan yang menghantui pemikiran masyarakat...

3-ولذلك فوجئ النساء بخروجه صلى الله عليه وسلم من ثنية الوداع
فإستقبلوه قائلين

Disebabkan itulah 

Golongan lelaki menunggu di laluan utama,,,

Tiba tiba para wanita terkejut melihat nabi datang melalui jaan yang berbeza..

Iaitu Thaniyaatil Wada'

Dan mereka menyambut nabi dengan mendendangkan nasyid qasidahnya.

(طلع البدر علينا من ثنيات الوداع 

Telah muncul purnama penuh keatas kami,,,,

Yang keluar dari celah lorong lembah Thaniyaatil Wada'
(Iaitu Lembah pemisah hidup yang amat ditakuti)

---وجب الشكر علينا مادعى لله داع

Bersyukur kita semuanya pada allah
Selagi masih ada golongan yang membawa manusia kepada Allah

 ---أيها المبعوث فينا جئت بالأمر المطاع --

Wahai Rasul yang diutus kepada kami,
Sesungguhnya engkau  didatangkan bersama undang undang tanggung jawab  besar yang wajib ditaati

-جئت شرفت المدينة مرحبا ياخير داع)

Kau telah datang..

Dan menyebabkan mulianya kota Madinah ini..

Selamat datang wahai sebaik2 penyeru,,

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين




Kredit : FB Che Pai dengan sedikit pertukaran ayat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.