Wanita haid tidak boleh ziarah kubur?

Sila masukkan carian anda dibawah ini untuk mencari produk atau perniagaan Muslim




Secara asasnya  menziarahi kubur bagi wanita adalah harus hukumnya dan tidak dilarang asalkan :

1. Tidak menimbulkan fitnah seperti mendedahkan aurat, selamat daripada gangguan dan tiada bukan mahram bersamanya.

2. Mampu menahan perasaan daripada menangis, meratap atau meraung memandangkan sifat semula jadi wanita adalah mudah menangis.

Adapun bagi wanita yang didatangi haid, tidak digalakkan atau makruh hukumnya jika mereka menziarahi kawasan perkuburan kerana dikhuatiri akan melakukan apa-apa perkara yang dilarang oleh syariat seperti menyentuh atau membaca al-Quran dan seumpamanya.

Namun jika dia sedar akan keadaannya sekali gus tidak membaca atau menyentuhnya, maka hukum ziarah tersebut adalah harus dan tidak mengapa.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan hajat, contohnya orang yang meninggal dunia ialah ahli keluarga terdekat. Justeru, dibolehkan bahkan harus bagi mereka untuk turut serta mengiringi jenazah masuk ke kawasan perkuburanatau sekadar menziarahi kubur sesudahnya, asalkan tidak meratap. Hal ini kerana meratap atau meraung tetap haram bagi sesiapa sahaja tidak kira wanita yang datang haid atau sebaliknya.

-al Ustaz no.75


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.