Tips temuduga .... perkara ni selalu sangat kantoi


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,






📢Tips Temuduga📢

💥1. Penampilan Diri💥

-Berpakaian kemas dan rapi juga merupakan satu perkara yang dititik beratkan oleh pihak penemuduga
-Bagi lelaki kemeja warna plain,tidak bercorak dan tidak menampakkan warna yang terang, tali leher, seluar slack warna hitam dan kasut bertutup warna hitam.
-Rambut mesti kemas dan tiada fesyen yang berketerlaluan,trim misai,trim jambang,trim janggut.
-Bagi wanita berbaju kurung warna yang tidak terlalu menonjol,tiada ikot cutting badan..tudung warna tidak menonjol,jangan terlalu byk sgt sangat manik2 ke apa ke ,jangan mekap yang keterlaluan dan kasut bertutup.

💥2.Cara Kendiri💥

-Cara masuk setelah nama calon dipanggil .Hendaklah berjalan dengan cara yang sesuai/sopan .Point juga dikira melalui cara kendiri . Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk dan beri salam jika panel penguji adalah muslim.
-Terus serahkan fail yang mengandungi sijil dn doc2 yg perlu diserahkan kepada panel penguji dan jangan duduk sehingga diberitahu untuk duduk..
-Duduk dalam keadaan yang sopan dan selesa..jangan menyandar atau membongkak badan.. Pastikan eye contact calon dan panel sentiasa bertentangan..jangan jawab sambil tunduk atau malu2.. Bukan orang nak meminang kita sampai nak malu2 nak tunduk2..kita nak mohon kerja...

💥3. Keyakinan Diri💥

-Hendaklah menjawab sesuatu soalan yang diberikan oleh pihak penemuduga dengan tepat dan cekap ..Jgn terpinga2 sekiranya tak dapat jawab sesuatu soalan yang diberikan ..Sebaliknya hendaklah menjawab "Maaf Tuan/Puan/Dato  saya tdk dpt menjawab soalan itu"Dan pihak penemuduga akan menukar soalan yang lain .Sekiranya tdk dapat menjawab juga .Jwapan sama hendaklah diberikan .Penemuduga bkn mahu melihat sgt jwapan yg anda beri ..Tetapi kecekapan menjawab mnjadi keutamaan ..Jgn pernah sesekali gelabah ..Seelok2 nya selawat semasa menunggu giliran utk ditemuduga ..😁(sebagai tambahan bagi calon muslim)

💥4. Suara💥

-Setiap pertanyaan dan jawapan yang diberikan ,hendaklah bersuara lantang (Bukan menjerit,terpekik terlolong dalam bilik temuduga) .Tapi bersuara kuat dan jelas....

💥5. Sebab Ingin Bekerja💥

- Hendaklah dijawab dengan jawapan yang sesuai .(Jgn pulak ckp sebab nk beli kereta,beli rumah,nak cepat kahwen bg yang belum berkahwin) dan tentu2 kena reject awal..Hahaha ..😂
-Jawab dengan jawapan2 yang logik dan rasional..itu terpulang pada daya pemikiran tersendiri
-Jangan negatifkan berkaitan isu negara dan jangan sesekali membangkang idea yang diberikan oleh panel sebaiknya fikirkan jalan yang selesaikan masalah itu..
-Jangan libatkan mna2 parti politik dalam sesi temuduga..
-Jika ditanya sama ada sanggup ditempatkan di sabah atau sarawak.. Jangan sesekali saya tak nak sabah sarawak sebab jauh dengan family dan bla bla bla.. Disitu dah nampak korang tak berminat untuk jawatan tu.. Panel cuma nk tgok kesanggupan kita bertugas walaupun di mana kita ditempatkan.. Nak selamat jawab je "Ye, Saya Sanggup Ditugaskan Di Sabah Mahupun Sarawak" settle masalah😂..panel tak tanya banyak dah..kalau dia tya kenapa suka??..pandai2 jawab la..dia sje2 je tu tya ha..jawab je dgn baik..

💥6 . Akhir Temuduga💥

-Apabila selesai temuduga yang dijalankan ,dan telah diberi kebenaran oleh pihak penemuduga untuk keluar ,hendaklah berdiri tegak dan mengucapkan terima kasih kepada penemuduga sama ada brpngkat Tuan/Puan atau Dato' dan keluar melalui pintu yang di sediakan serta berjalan dengan cara yang sesuai ... Jika lelaki dan panel penemuduga itu lelaki disyorkan salam sebelum keluar.. Ibarat kita masuk rumah orang dan nak keluar mesti la ada sopannya..

Sekian, Semoga Urusan Temuduga Tuan/Puan/Saudara/Saudari Dipermudahkan Dan Peroleh Kejayaan🎉

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.