Siri peperangan bangsa Melayu yang paling digeruni penjajah

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah


Jika ditanya kepada anak muda Melayu hari ini berkenaan sejarah perang bangsanya sendiri menentang penjajah, ramai yang buta sejarah mengomel dengan sinis kononnya Melayu itu lemah, mundur persenjataan yang mundur dan selalu kalah. Mereka hanya melihat kepada jatuhnya kota Melaka kepada Portugis sebagai gambaran keseluruhan lemahnya bangsa Melayu walhal alam Melayu terbentang luas dari kepulauan Maluku hingga ke Acheh.

Jadi adakah benar bangsa kita selalu kalah bertempur dengan penjajah? Baik, mari kita tengok beberapa peristiwa peperangan atau siri pertempuran yang berlaku di sekitar Nusantara pada zaman kolonial Belanda yang jarang kita tahu. Antaranya ialah ;

Pertempuran Perak-Belanda (1651) –Belanda terpaksa berdamai dengan Perak setelah beberapa kali pos Belanda diserang orang  Perak. Buktinya anda boleh tengok bekas tinggalan kubu Belanda di pulau Pangkor. Kubu ini telah beberapa kali diserang oleh orang Melayu sehingga Belanda terpaksa meminta damai.

Pertempuran Batak-Belanda (1878-1907)-Dalam serangan pertama seramai 200 orang tentera Belanda terkorban dan ramai lagi yang tercedera. Kerugian yang ditanggung Belanda adalah amat besar berbanding tentera Batak. Seluruh kubu Belanda tersebut dibakar hangus. Sisinga Mangaraja terus berjuang menentang Belanda hingga akhir hayatnya dan berjaya membumihanguskan banyak kubu-kubu Belanda dan membunuh beratus-ratus tentera Belanda. Belanda sangat takutkan Sisinga Magaraja kerana kepakarannya dalam taktik pertempuran.

Pertempuran Selangor-Belanda (1784-1785)- Pada Julai 1784 angkatan Belanda yang membawa 11 buah kapal pimpinan Jacob Pieter Van Braam memerangi Selangor kerana tindakan Sultan Ibrahim menyerang Belanda di Melaka bersama Raja Haji. Sultan Selangor kemudian membalas kembali serangan dengan bantuan orang Pahang untuk merebut kembali Selangor. Dua pihak akhirnya terpaksa berdamai dengan menandatangani perjanjian pada 29 jun 1786 kerana kekuatan kedua-duanya sama hebat sahaja .

Pertempuran Johor-Belanda (1782) - Gabenor Belanda di Melaka menghantar angkatan perang dibawah pimpinan Toger Aboe membawa 6 buah kapal perang, 910 askar mengepung Riau . Pertahanan Riau yang kukuh menyebabkan Belanda terpaksa menghantar bantuan ke Riau iaitu 7 buah kapal perang seramai 594 askar. Seterusnya pada akhir 1782 Belanda menghantar lagi bantuan dengan 17 buah kapal kecil dan 600 askar yang menaiki kapal besar Malaka's Welvaren, tetapi kedua-duanya diletupkan tentera Johor-Riau dan semua anak kapal terbunuh dan Belanda terpaksa pulang ke Melaka dengan tangan kosong.

Perang Siak- Belanda (1752) – Siak telah menang besar dalam pertempuran ini dimana banyak askar Belanda yang terkorban bersama kapal-kapal mereka yang berjaya dikaramkan oleh tentera Melayu Siak. Sejarah perang ini dinukilkan dalam Syair Perang Siak. Dalam syair ini kita akan dapat mengetahui jenis-jenis senjata api yang digunakan oleh orang Melayu Siak serta taktik dan strategi mereka. Antaranya ialah menggunakan 'kubu kapal' atau kapal bertutup yang dilengkapi meriam dan bom.

Perang Aceh-Belanda (1873-1874) - Dipimpin oleh Panglima Polim dan Sultan Mahmud Syah melawan Belanda yang dipimpin Köhler. Köhler dengan 3000 askarnya dapat dikalahkan, dimana Köhler sendiri tewas pada tanggal 14 April 1873. Sepuluh hari kemudian, perang berkecamuk di mana-mana. Pertempuran paling sengit ialah saat merebut semula Masjid Raya Baiturrahman. Walaupun pada tahun-tahun berikutnya Belanda berhasil menawan Banda Aceh namun perjuangan rakyat Aceh tak pernah berhenti sehingga zaman pemerintahan Jepun. Malah ada yang menyebut hampir 30 ribu tentera Belanda terkorban di Aceh iaitu yang terbesar dalam sejarah peperangan Belanda.

Tentera Acheh


Apa yang saya paparkan ini sebenarnya sebahagian sahaja daripada pertempuran-pertempuran yang berlaku diantara penjajah dengan kita yang dimenangi oleh kita atau diakhiri dengan perjanjian damai. Belum lagi jika dimasukkan Perang Naning (1831) yang membingungkan pihak British dan Perang Kastilan (1578) yang membuka mata orang Sepanyol akan kekuatan ketenteraan Melayu Brunei.

Dan adakah anda tahu akan Perang Aceh-Belanda yang diketuai oleh para wanita seperti Laksamana wanita terulung Cut Keumalahayati yang beberapa kali berjaya mengalahkan tentera Belanda di laut malah pernah berlawan satu lawan satu dengan seorang Admiral Belanda di atas kapal? Begitu juga dengan pahlawan wanita Aceh yang lain seperti Cut Nyak Dhien, Tengku Fakinah, Cut Meurah Intan, Po Cut Baren, Cut Meutia, dan Cut Gambang? Bayangkanlah bagaimana panglima-panglima wanita Aceh ini berjaya membunuh beratus-ratus tentera Belanda dengan menggunakan pasukan gerila mereka dan sanggup syahid bersama anak dan suami mereka.

Sebenarnya kalau anda semua nak tahu,  kejatuhan kebanyakan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara bukanlah akibat daripada kita kalah berperang dengan mereka atau sebab kita tiada strategi dan persenjataan yang setaraf, tetapi disebabkan TIPU HELAH dan PECAH BELAH. Dengan cara yang licik inilah penjajah Belanda dan seterusnya diperkemaskan pelaksanaannya oleh British telah menjahanamkan negeri-negeri Melayu Nusantara dan merosakkan pemikiran anak bangsa. Maka anak bangsa pun tertanya-tanya mengapa sekian kali berperang nenek moyang tak pernah menang? Namun sayang, mereka tak mengetahui sejarah yang sebenar, mereka telah tertipu dengan sejarah versi Orientalis. Sekian. Wallah hu’lam.


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.