Saidina Umar gerun ketika hendak solat






Ketika Saidina Umar RA wuduk, beliau pernah ditegur oleh seorang sahabat,

"Hai Umar, demamkah engkau kerana kelihatan seperti orang sakit." 

Pertanyaan tersebut telah menyentuh perasaan Saidina Umar RA lalu beliau menjawab,

"Hai saudaraku, tidakkah engkau tahu dengan siapa aku hendak berhadapan?"

Di sini dapatlah kita memahami bahawa tatkala Saidina Umar RA hendak bersolat datang perasaan gerun dan takut dalam diri beliau sehingga wajahnya berubah seperti wajah orang sedang uzur dan seluruh anggotanya menjadi gementar. Saidina Umar RA merasa insaf bahawa ketika mendirikan solat, beliau akan berhadapan dengan Allah SWT yang Maha Besar. Beliau bimbang kalau cara beliau melakukan solat itu tidak sesuai dengan kebesaran Allah SWT. Beliau bimbang jika beliau bersifat kurang sopan terhadap Allah SWT

Petikan : Buku "Khusyuk Dalam Solat" Halaman 28-32

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.