Pemandu Grab Car dah boleh carum KWSP

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات





KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan syarikat perkhidmatan perjalanan e-panggilan, Grab Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menggalakkan para pemandu Grab menyertai program Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan) kelolaan KWSP.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pemandu e-panggilan yang menyertai program itu akan diperuntukkan dengan opsyen simpanan yang terjamin memandangkan KWSP mempunyai rekod prestasi pulangan yang mampan dan melebihi  inflasi, yang sudah terbukti, ini akan meningkatkan nilai simpanan mereka untuk tempoh jangka panjang.

"Dengan menyumbang kepada skim itu, pemandu yang menjadi rakan perkongsian Grab boleh menikmati faedah yang sama sebagai anggota KWSP, seperti dividen tahunan, pelepasan cukai, faedah kematian dan akses kepada perkhidmatan nasihat persaraan kami tanpa sebarang kos," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain manfaat serta dividen tahunan, kerajaan akan menyumbang sebanyak 15  peratus dengan jumlah maksimum RM150 setahun ke atas caruman tahunan sehingga 2022 bagi anggota di bawah usia 55.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata, menerusi kerjasama dengan KWSP, syarikat itu menyokong inisiatif kerajaan bagi mewujudkan sebuah ekosistem perlindungan sosial yang lebih holistik, bermula dengan memastikan kesejahteraan persaraan ke atas pemandu Grab.

"Malah, berdasarkan kaji selidik dengan para pemandu kami, 75 peratus daripada mereka sudah menyatakan kesanggupan untuk menabung bagi persaraan mereka khususnya melalui usaha sama ini.

"Kita mahu menggalakkan mereka untuk menentukan serta mengemudikan jaminan kewangan masa depan mereka sendiri," katanya.

i-Saraan, sebelum ini dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia telah direka bagi membenarkan individu-individu yang bekerja sendiri atau sesiapa sahaja yang menerima pendapatan bulanan yang tidak tetap, seperti pemandu teksi, peniaga kecil, petani, peniaga kecil-kecilan dan pekerja bebas , menabung untuk persaraan mereka sambil menikmati faedah yang sama sebagai anggota KWSP.

Berkuatkuasa 16 Ogos 2018, Grab juga akan menyumbang lima peratus kepada jumlah yang disumbangkan oleh rakan pemandunya yang terpilih, tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM80 setahun, selain daripada insentif yang kerajaan peruntukkan.

Menurut statistik daripada Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (ILMIA), daripada 22 juta penduduk Malaysia yang bekerja, hanya 7.1 juta menyumbang secara aktif kepada KWSP dan 1.7 juta dilindungi oleh skim pencen awam.

Baki 13.2 juta merangkumi individu-individu yang bekerja sendiri atau pekerja bebas dan di luar tenaga buruh yang tidak dilindungi oleh apa-apa program perlindungan sosial dalam negara yang rasmi. - Bernama

Sumber asal : Sinar Harian



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.