M Amin melawan arus filem Melayu klasik dalam filem Chuchu Datok Merah 1963


Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,


CHUCHU DATOK MERAH (1963)




CHUCHU DATOK MERAH adalah filem ke dua arahan M.AMIN. Filem ini boleh disifatkan sebagai filem terbaik yang pernah diarahkan oleh pengarah M.AMIN dalam sejarah pengarahannya. Filem ini diambil dari karya ALI AZIZ, dan M.AMIN sendiri yang mencipta lakon layarnya. Saya tidak pandai untuk mengulas dan mengupas tentang filem. Tapi dari penelitian saya setelah berkali kali menonton filem ini saya lampirkan sedikit pandangan peribadi saya terhadap filem ini.

Filem CHUCHU DATOK MERAH merupakan sebuah filem yang bercirikan ANTI HERO dan merupakan salah satu filem yang berkonsepkan ANTI HERO terbaik yang pernah ada di dalam sejarah perfileman Melayu klasik. Filem ini sangat lari dari landskap filem melayu ketika itu dengan mengenengahkan konsep kesudahan sebuah naratif dimana kedua dua watak utama dimatikan. Walaupun sebelum itu telah terjadi dalam LAILA MAJNUN (1962), tetapi itu bukan filem "Melayu".

Saya tertarik dengan satu babak dalam filem ini yang sangat sama dengan keadaan dimasa sekarang iaitu ketika ketika Awang Janggut (NORDIN AHMAD) yang cuba mendapatkan kerja daripada Syeikh Hassan (YEM) dengan hanya membawa pisang sebagai persembahan bagi tujuan itu. Oleh kerana itu beliau diherdik dan dihalau keluar. Berbeza dengan Wan Embong (M.OSMAN) dengan hanya mempersembahkan setahil emas sahaja sudah layak diterima kerja. Nasib baik zaman itu belum ada SPRM.

Di dalam kefahaman Melayu, unsur lubuk puaka ini merujuk kepada benda benda yang mistik dan makhluk halus. Mungkin bagi kita dizaman sekarang biasalah orang dulu dulu memang lekas percaya dengan benda benda tahyul dan khurafat sebegini. Dengan menggunakan unsur tahyul dan khurafat, M.AMIN selaku penulis lakon layar dan pengarah cuba menonjolkan apa balasan dan akibatnya kepada orang yang terbelenggu dengan sikap tamak dan rakus, disitu kita boleh nampak ada moral yang terkandung.

Kemampuan NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR dalam memainkan peranan utama sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Inilah filem buat pertama kalinya LATIFAH OMAR "dipukul" oleh NORDIN AHMAD walaupun berpasangan. Filem ini juga menuntut kedua dua pelakon utama ini banyak bermain dengan emosi yang berubah ubah. Kadangkala mejaruk, mengharap, mengamuk, merintih, merayu dan saya rasa ianya sudah disampai dengan begitu baik sekali oleh NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR.

Untuk melupakan seketika kedukaan yang ditanggung oleh Wan Kuntum (LATIFAH OMAR), M.AMIN mewujudkan watak Siti Molek (ROSEYATIMAH). Dengan adanya Siti Molek baru ada lagu, dan itu sudah semestinya di isi di dalam filem filem melayu dizaman itu supaya filem itu kelihatan indah. Kalau hanya ada taman tidak ada pokok bunga, taman tidak kelihatan indah dan cantik. Secara tidak langsung terbela kembali watak utama filem ini iaitu Awang Janggut (NORDIN AHMAD) yang sebelum ini dimalukan oleh Syeikh Hassan (YEM). Tak adalah nampak macam "looser" sangat kan.

Bagi M.AMIN pula, saya merasakan filem ini adalah karya beliau yang paling agung dan terbaik. Segala tekniknya terbaik dan berfungsi. Cara pengarahan beliau juga sangat jitu di dalam menyelami psikologi dan adat sebenar budaya orang melayu dizaman dulu. Dari sudut cinematography, filem ini banyak menggunakan camera shot dan camera movement. Walaupun dari sudut ini M.AMIN tidak boleh mendahului HUSSAIN HANIFF, tetapi tetap juga ada long shot, medium shot dan close up. Dan bagi saya filem CHUCHU DATOK MERAH ini adalah filem terbaik pada tahun 1963.

VIRALKAN ARTIKEL DI ATAS
Klik button Facebook, Twitter, WhatsApp di bawah



Jika anda ada produk atau perniagaan Muslim nak viralkan bersama kami,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.