Kisah pembunuhan Chin Kooi bukti kekejaman Komunis rentas kaum

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Generasi hari ini tidak kenal siapa Chin Kooi, tetapi sejarah negara cukup mengenalinya yang sangat hebat menggalas tanggungjawab sebagai pegawai di Cawangan Khas (SB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Star.

Sejarah cukup mengenali beliau sebagai seorang yang amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam 'Gerakan Sedar' di Serdang, Kedah.

Kegigihan dan kesungguhan beliau melumpuhkan kegiatan komunis dengan memusnahkan beberapa tempat persembunyian mereka di kawasan Serdang dan Hutan Relau, Kedah menyebabkan kumpulan itu CUKUP BERDENDAM untuk mengakhiri riwayat beliau.

Tanggal 12 Julai 1973 menjadi detik sejarah perjuangannya. Pada tarikh tersebut, kira-kira pada pukul 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah beliau di Serdang, Kedah.

Pengganas komunis itu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah beliau. Akhirnya Chin Kooi menghembuskan nafas terakhir di HADAPAN KELUARGANYA SENDIRI!

Namun beliau cukup luar biasa. Di saat sedang mengerang kesakitan, beliau masih mampu membalas tembakan musuh tersebut tanpa menghiraukan kecederaan parah yang beliau alami.

Orang tak kenal siapa Chin Kooi, orang tak tahu jasa dan pengorbanannya, orang tak pernah waima mendengar namanya. Tetapi percayalah, nama dan semangatnya akan terus terpahat dalam lipatan sejarah sebuah negara merdeka bernama Malaysia.

Kita terhutang budi padanya...Mendiang Cif Inspektor Chin Chin Kooi.
.
Ada siapa nak perjuangkan kisah Chin Kooi untuk dimasukkan dalam buku teks sejarah?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.