Kenapa orang yang hafal al Quran cukup pantang dengar muzik?


TIPS HAFAL QURAN: “NO MUSIC”!

Ramai yang nak hafal al-Quran atau mahukan anak-anak mereka hafal al-Quran, tapi tak ambil berat soal ini.

Tahukah kita al-Quran itu merupakan kalam Allah? Sedangkan kebanyakan lagu-lagu dan muzik itu mengandungi bisikan syaitan yang menggalakkan maksiat, cinta yang tidak halal, ayat-ayat lucah, dan seumpamanya?

Sebab itu ramai ulama seperti ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, imam Ahmad dan lain-lain, menyebut “Muzik itu menumbuhkan sifat munafiq dalam hati”.

How kalam yang suci dan kalam yang tidak suci boleh berhimpun dalam 1 hati kan?? 
Memang just like oil and water la!

Percayalah…

πŸ’” Hati yang cenderung untuk mendengar muzik tidak akan tertarik untuk mendengar al-Quran.

πŸ‘… Lisan yang suka mendendangkan nyanyian akan kurang mengalunkan ayat-ayat Tuhan.

πŸ–€ Jantung yang berjetak-jetak tatkala terdengar muzik, akan keras ketika mendengar seruan al-Rahman.

πŸ•Ί Jasad yang terkinja-kinja dengan irama muzik, pasti liat dan kaku untuk membelek helaian al-Quran.

πŸ’‘πŸ’‘πŸ’‘πŸ’‘πŸ’‘πŸ’‘πŸ’‘
Buat ibu-bapa yang ingin anak mereka mudah hafal al-Quran:
1.    Didik anak-anak supaya tidak mencintai “dunia hiburan” yang penuh godaan.
2.    Kreatifkan diri untuk hiburkan anak-anak dengan al-Quran.
3.    Kawal penggunaan gajet atau TV anak-anak jika melihat mereka leka dan lalai.
4.    Tukarkan dari mendengar radio di kenderaan kepada mendengar bacaan al-Quran.
5.    Jangan benarkan anak-anak dengar lagu, apatah lagi membuka radio atau muzik secara “open” di bilik atau di rumah.

Percayalah…
Anak-anak yang terpelihara dari muzik akan lebih menyerap al-Quran!

Dan percayalah...
Kalau hati-hati kita sendiri dah penuh atau suka dan cenderung pada muzik, memang akan susah nak amalkan tips-tips di atas πŸ˜‰

-Dr. Kamilin Jamilin-
(Mudir Home Tahfiz Darul Siddir)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.