Air Gau, Anugerah disebalik karomah wali Allah


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<


SEJARAH AIR GAU




Air GAU adalah air mata air yang merupakan anugerah Allah kepada kita semua melalui Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Osman yang mengasaskan sebuah pondok di Kg. Sungai Gau, Temerloh, Pahang .Beliau telah menemui sumber air ini setelah membuat solat hajat kerana pondoknya tiada sumber air, pada suatu malam beliau telah bermimpi seseorang datang menunjukkan tempat supaya beliau menggali telaga . Peristiwa ini berlaku pada tahun 1991. 

Selepas digali, mata air ini menjadi kegunaan umum, orang ramai datang mengambilnya untuk pelbagai kegunaan mandi, minum dan sebagainya. Air (yang keluar dari mata airnya) dibiarkan mengalir begitu sahaja tanpa diketahui khasiat dan keistimewaannya.

Selepas sepuluh tahun, iaitu pada tahun 2001 barulah air ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab, lalu mereka membuat kajian tentang khasiat dan keistimewaan air ini. Ianya telah disahkan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa Kandungan Mineral yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia. Air ini juga telah diuji oleh MARDI untuk mengetahui khasiat, zat, keracunan dan bahayanya. Hasil ujian menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air zam-zam.

Air ini dikatakan mempunyai pelbagai khasiat . Terdapat kadar garam galian yang tinggi (TDS 284mg/I) dan pH berakali sebagai penjana tenaga iaitu pH 7.9 kandungan mineralnya. Satu-satunya air bermineral tinggi di MALAYSIA.

Mengikut Ustaz Abdul Mujib, anak kepada Tuan Guru yang menjaga kilang Air GAU, setiap hari mereka mengepam 12,000 liter air ini untuk dibotolkan dimana air mata air ini jika tidak dipam, ia nya akan melimpah keluar dengan sendiri bukan seperti telaga biasa yang tidak melimpah. Air ini juga yang telah didoakan oleh tiga orang ulamak besar tanah melayu kita, seperti Almarhum Tuan Guru hj Abdullah lubuk tapah, Almarhum Tuan Guru hj Dr Haron Din dan Tuan Guru hj Baqi Osman sendiri.




Khairul Affendy


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.