adakah air mani keluar bersama mazi dikira bernajis air mani tersebut?

Sekiranya anda ada kisah atau apa sahaja yang hendak admin kongsikan ke dalam blog ini, terus WhatsApp admin di 0149678920


Air mani tidak najis, air mazi najis. 

Air mazi keluar sebelum mani, adakah ini bermaksud air mani juga akan jadi najis kerana ia akan bercampur dengan mazi?

Ya, air mani akan dikira bernajis sekiranya ia bercampur dengan air mazi, tapi hanya apabila air mazi keluar dahulu sebelum air mani keluar.

Kalau air mani keluar tanpa air mazi keluar sebelumnya, maka ia tidak dikira najis. 

Kerana keluarnya air mani ada dua keadaan : didahului oleh air mazi atau tidak didahului.

Sekiranya didahului oleh air mazi, maka air mani tadi dikira mutannajis kerana ia telah bercampur dengan mazi.

Sekiranya ia tidak didahului olehnya, maka ia tidak dikira mutanajjis.

Walaupun pada ghalibnya air mazi akan keluar terlebih dahulu daripada air mani, tetapi ia tidak boleh dijadikan kaedah yang pasti bahawa keluarnya mani akan bercampur dengan mazi.

Oleh itu, ragunya seseorang samada air maninya telah bercampur dengan air mazi di dalam saluran atau tidak tidak boleh dijadikan hujah bahawa air mani yang keluar adalah bercampur dengan air mazi.

Oleh itu, apabila seseorang mendapati air mani telah keluar daripada salurannya, lalu dia syak samada air mani tersebut telah bercampur dengan mazi atau tidak, hendaklah dia menganggap tidak, lalu mengambil hukum bahawa air mani tersebut adalah suci. 

Ini bertepatan dengan kaedah,

الأصل في الشيئ العدم

"Asal sesuatu perkara adalah tidak wujud", dalam erti kata lain harus ada bukti wujudnya mazi dahulu baru boleh dikatakan ada air mazi. Sekiranya tidak ada dalil, maka kembali kepada asal kaedah ini iaitu "tiada", maka air mazi tersebut dikira tiada.

Juga bertepatan dengan kaedah,

الأصل بقاء ما كان على ما كان

"Asal sesuatu perkara adalah hukumnya sepertimana ia", dalam erti kata lain air mani yang asalnya suci adalah sentiasa suci selagimana tiada dalil mengubahnya.

Juga dengan kaedah,

الأصل في الصفات العارضة العدم

"Asal kepada sifat-sifat yang mendatang adalah tiada". Sifat asal bagi mani adalah suci, manakala sifat mendatang adalah mutanajjis. Sifat mendatang iaitu mutanajjisnya air mani adalah dihukum tiada selagimana tiada dalil yang membuktikan sifat mendatang tersebut.

WallahuA'lam

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1927519624233268&id=100009257479846


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.