1948 tertubuhnya Parti Pemuda Radikal Melayu (PERAM)

Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Untuk carian produk Muslim
sila masukkan carian anda di bawah






Tahukah kamu pernah wujud sebuah parti politik bernama "Pemuda Radikal Melayu"?

Genap 70 tahun dulu pada 17 Januari 1948, Mohamed Mustaza, bekas Penolong Setiausaha Agung PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) yang berasal dari Taiping, Perak telah menubuhkan sebuah parti baru bernama PERAM -- Pemuda Radikal Melayu.

Parti ini ditubuhkan untuk menyatukan pemuda-pemuda Melayu kiri di Malaya dan Singapura dalam perjuangan untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Penubuhan PERAM boleh dilihat sebagai langkah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan selepas API telah diharamkan oleh penjajah British 6 bulan sebelumnya pada 17 Julai 1947.

PERAM turut sama membantah Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui bersama antara UMNO dan British kearah kemerdekaan dan tutut bersama gerakan kiri yang lain menyokong Perlembagaan Rakyat.

Sebulan selepas penubuhannya, PERAM telah mengeluarkan sebuah manifesto yang menyeru anak muda Melayu untuk bersatu dan berjuang untuk kemerdekaan Malaya.

Malangnya parti ini tidak bertahan lama. Pada 22 Disember 1948, PERAM telah dibubarkan oleh penjajah British di bawah undang-undang Darurat.

Sumber gambar: Akhbar The Straits Times, 22 Januari 1948



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak viralkan sila WhatsApp >Klik Disini<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.