Sultan pertama yang turun takhta akibat tekanan British

Yang DiPertuan Muda Tengku Muhammad Sultan Zainal Abidin III,baginda menaiki takhta kerajaan kesultanan Terengganu pada 25 November 1918 dengan gelaran DYMM Sultan Muhammad Muazzam Syah II. Namun baginda hanya sempat memerintah selama 2 tahun sahaja dan melepaskan takhta baginda akibat perselisihan dengan pihak Inggeris.

Pada tahun 1909 berlaku perjanjian di antara British dengan Siam, atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok, di mana perjanjian ini menetapkan negeri-negeri utara Tanah Melayu diserahkan kepada British.

Pada masa itu semua negeri-negeri Melayu utara tidak dibawa rundingan sehingga semua negeri-negeri utara Tanah Melayu menentang perjanjian ini, termasuk Terengganu, sehingga Sultan Zainal Abidin III terpaksa membuat undang-undang tubuh untuk menyekat kuasa British. Tetapi semasa zaman Sultan Muhammad, tekanan semakin kuat sehingga baginda terpaksa menandatangani perjanjian dengan British pada 24 Mei 1919, yang memberi ruang kepada Penasihat British untuk campur tangan dalam pentadbiran Terengganu, kecuali dakam hal ehwal istiadat Melayu dan agama Islam

Takhta baginda telah di serahkan kepada adinda baginda Tengku Muda Sulaiman dengan gelaran DYMM Sultan Sulaiman Alam Syah.

Almarhum telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama keluarga baginda untuk mendalami ilmu agama dan mangkat pada 11 April 1956 di Istana Gong Kapas, Terengganu.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.