Sejarah Jalan Petaling (Petaling Street)




SEJARAH PETALING STREET

Setiap kali menyebut Jalan Petaling atau lebih dikenali sebagai Petaling Street pasti akan terbayang kemeriahan di kawasan itu yang terdapat kira-kira 700 gerai menjual pelbagai barangan.

Kawasan berkenaan sememangnya tidak pernah sunyi dan sentiasa dibanjiri ramai pengunjung terutama pada cuti hujung minggu atau cuti umum yang dilihat bagaikan satu pesta.

Itu adalah kelebihan Petaling Street, antara destinasi pelancongan terkenal di ibu kota yang perlu dilawati pelancong.

Namun, ramai tidak mengetahui sejarah pembukaan kawasan perniagaan itu yang dilihat agak menarik. Ia dikatakan sudah wujud lebih 100 tahun lalu dan dibangunkan kaum Cina yang menduduki Kuala Lumpur menyebabkan digelar ‘China Town’ atau pekan Cina.

Mengikut sejarah, Petaling Street adalah kawasan penempatan kaum Cina ketika zaman kolonial British.

Terdapat dua penjelasan berbeza berkenaan nama Petaling Street. Pertama dikaitkan dengan satu gunung dikenali sebagai Chan She Shu Yuen Temple yang bermaksud Petaling Hill.

Kedua, Petaling ialah nama sebuah buku. Bagaimanapun, nama asal Petaling Street masih tidak dapat dikenal pasti hingga kini.

Lima kapitan Cina dikatakan memainkan peranan penting memajukan Petaling Street hingga menjadi pusat perniagaan utama iaitu Kapitan Hiu Siew, Kapitan Liu Ngim Kong, Kapitan Ah Loy, Kapitan Yap Ah Shak dan Kapitan Kwan Seng.

Bagaimanapun, Yap Ah Loy adalah kapitan Cina paling banyak memajukan Petaling Street dengan membawa masuk ramai pelabur ke kawasan berkenaan selepas tamat Perang Saudara Selangor pada 1873.

Difahamkan, kemajuan ekonomi di kawasan itu juga antara faktor Petaling Street menjadi tumpuan selain penghijrahan orang Cina dari China ke Tanah Melayu untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan masalah kekurangan makanan di negara asal mereka.

Kewujudannya menyerlahkan lagi identiti negara ini yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya selain peranannya turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.