Rakyat Kelatan miskin? hakikatnya paling ramai bina rumah ikut citarasa dan atas tanah sendiri

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Orang Selangor sendiri ramai bersesak2 dalam flat murah, tapi rakyat Kelantan...


KOTA BAHRU - Sektor perumahaan Kelantan dianggap menarik apabila menjadi penyumbang tertinggi bagi pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Nordin Daharom berkata, Kelantan menyumbang 51 peratus daripada jumlah seluruh negara bagi pembinaan rumah di atas tapak tanah sendiri.

Beliau berkata, antara faktor itu kerana citarasa pembeli yang ingin membuat reka bentuk sendiri dalam pembinaan rumah terbabit.

"Mungkin pembeli mengunakan tanah sendiri atau dibeli lebih awal, dengan cara itu pembeli boleh membuat reka bentuk sendiri, selain itu juga mungkin juga faktor pembuat rumah yang ramai turut menyumbang kepada keputusan itu,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pinjaman Perumahan Sektor Awam (SPPSA) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Penilaian negeri, Mohd Rofi Yusof.

Nordin berkata, seminar bertujuan memberi penerangan kepada pemain industri khusunya hal berkaitan prosedur khususnya selepas kerajaan mengubah tatacara pinjaman perumahan sektor awam.

"Ada beberapa kategori dalam membeli rumah, sama ada beli yang sudah siap, yang sedang dibina atau atas tanah sendiri dan setiap daripada itu mempunyai borang-borang prosedur yang berbeza.

"Dengan penjelasan yang diberikan, ia secara tidak langsung dapat menghuraikan masalah ketidakpuasan hati antara pemohon pinjaman rumah dengan yang menjalankan kerja," katanya.

Dalam pada itu, Nordin berkata, selepas lebih 60 tahun ditubuhkan, jabatan itu melalui fasa perkembangan yang lebih meluas termasuk di kerja-kerja di peringkat global.

"Kita bukan terhad kepada penilaian tanah dan bangunan, kita menekankan penilaian sumber alam seperti karbon, penilaian merin, penilaian perniagaan, diperingkat global pula kita membuat perundingan Arab Saudi untuk menyediakan perundingan latihan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.