Kuala Selangor - Sabak Bernam sokong Kedai Tayar Mann, kedai tayar Muslim

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Salaam Semua!

Alhamdulillah 😁

Setelah cawangan pertama Kedai Tayar Mann mula beroperasi di Sekinchan (Sungai Nibong) sekitar 4 tahun lepas;

Cawangan kedua akan mula beroperasi Inshallah pada Isnin hadapan 16 Julai 2018 di Tanjong Karang (Jalan Bomba, Taman Seri Desa) berhadapan dengan Agrobank.

Cawangan Sekinchan diuruskan abang saya, Farid Jamahseri (Man); dan cawangan Tanjong Karang ini pula diuruskan adik saya, Fauzi Jamahseri (Poji).

Jadi kami sukacita menjemput saudara-mara, rakan-rakan warga Tanjong Karang untuk berkunjung ke kedai tayar kami nanti bagi setiap keperluan tayar-tayar kereta anda!

Bagi anak-anak Tanjong Karang yang bekerja di Lembah Klang/ibu kota, bolehlah merancang bijak untuk berurusniaga dengan kami sekali sekala anda pulang ke kampung halaman kerana harga kami semestinya lebih murah berbanding harga kedai-kedai tayar di bandar untuk kualiti perkhidmatan/jenama tayar yang sama.

Adik saya Poji usahawan muda baru berusia 23 tahun, namun memiliki pengalaman teknikal lebih 7 tahun dalam bidang ini (Ya, dia mula bekerja selepas PMR); jadi kualiti kerja dalam kelolaan beliau tak perlu diragui. 😎

 Kacak sasa orangnya. Bujang lagi. 😘

Jadi adik-adik manis Tanjong Karang jangan susah-susah kotorkan tangan, selalu-selalulah datang tukar/tampal/align tayar di kedai kami. Mana tahu jodoh dengan tuan kedai. 😜

All the best Poji!

Semoga Allah permudah urusan, kurniakan ‘afiyah dalam ilmu, harta dan kesihatan kau.

Jadi boss yang baik dan membina pekerja. Pelihara solat meskipun sibuk, Allah akan pelihara urusan kita.

💪🏻💪🏻💪🏻

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan harga dan perkhidmatan kami, sila hubungi:

Cawangan Sekinchan
Man: 011-3112 6519

Cawangan Tanjong Karang
Poji: 017-633 4740









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.