Kisah Kiyai Salleh Selendang Merah memerangi Komunis


Kumpulan Parang Terbang 
Cerita pasal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut yang mana setengahnya di tokok tambah untuk menjadikannya lebih menarik sangat mengujakan. Nama-nama seperti 'Tentera Sabil' atau 'Kumpulan Parang Terbang' merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan-pahlawan Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik.

Bagi orang Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu. Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman. 

Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Saleh yang menyelamatkan orang melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero. Sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan etnik yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara. Kami tidak mahu ganjaran berbentuk material atau pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato', cukup sekadar pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan di rekodkan dalam sejarah negara.

Parang Terbang kiyai Salleh

"Pada tahun 1940an...heboh seantero negeri perihal keajaiban parang yang berterbangan melibas mangsanya. sapa yang dikatakan terlibat? siapa lagi kalau bukan Kumpulan Selendang Merah. diceritakan orang bahawa kumpulan silat ini bertapak di daerah Muar dan Batu Pahat Johor.

Kumpulan ini juga turut terkenal di Sungai Manik Perak. kumpulan ini diketuai awalnya oleh Hj Mohd Salleh bin Abdul Karim yang turut dikenali sebagai Kiyai Salleh Selempang Merah...Panglima Salleh Selempang Merah dan Guru Salleh Parang Panjang.

Pada hujung 1945 dan awal 1946 Kiyai Salleh telah memimpin sekumpulan pejuang sukarela yang mahu menentang kekejaman Bintang Tiga di Muar Batu Pahat dan Pontian. kalau tengok pada mata kasar nampak macam parang terbang melibas bunuh orang tetapi sebenarnya menurut cerita...parang itu dipegang oleh ahli kumpulan Selendang Merah yang ghaib dan hanya parang sahaja dilihat terbang.

Di Perak pula...mereka tidak menggunakan parang sebenar. mereka menggunakan daun kelapa yang diletakkan dalam sejadah dan dibacakan zikir kalimah Allah dengan niat Fisabilillah. ketika bertempur ia kelihatan seperti parang dengan fungsi libasan yang sama."

1. Pedang Kiyai Salleh(KS) - boleh melentur dan dibelit dipinggang menyerupai tali pinggang merupakan pemberian seorang tua dari sungai simpang kiri. Ada yang mendakwa pedang tersebut pemberian Dato' Bahaman. Wallahualam...

2. KS mempelajari ilmu dan amalan dari serata tempat. Amalan beliau yang terkenal adalah "ayat empat" dan disertai pemakaian "selempang merah".

3. Ayat 4 tidak membuatkan pedang atau parang mane2 pahlawan "terbang"...tetapi ianye berlaku :
(a) Si yang melihat pengamal ayat empat...tinggi setinggi pokok kelapa.
(b) Si yang Melihat hanya nampak senjata manakala empunya senjata dighaibkan Allah. Disinilah bermulanya kisah parang terbang. Padahal musuh tak nampak si pembawa senjata...bukan parang tu terbang dengan sendiri...

4. Selempang merah hanya simbolik untuk pengamal supaya mudah mudahan...si pemakai selempang merah yang telah didoakan itu mendapat perlindungan dari Allah. Selempang itu cuma kain biasa yang telah didoakan keatasnye...moga2 pemakainya dilindungi Allah.

5. Ayat Empat
a. Lailahailla anta subhanainni kuntum minazzalimin
b. Wallahu ngalibun alal amri
c. Ya haiyu ya qaiyum ya ilahana wailahukum ilahauwahidan......... ada lagi sambunganye
d. Yazal jalali wal ikram

6. Air(dalam tempayan) yang diminum oleh para pejuang pada sehari sebelum serangan...akan beramal dengan ayat empat tersebut disertai dengan bacaan surah yaasin....airnya diminum oleh setiap pejuang sebelum dipakaikan selempang merah untuk membakar semangat para pejuang.

7. Pantang setiap pejuang mengambil harta benda musuh mahupun makanan...kecuali senjata...tujuan pantang tersebut bagi mengelakkan mereka terpesong dari tujuan asal untuk berjuang di jalan Allah.

Kun faya kun kate Allah...semua yang tak terjangkau dek akal boleh berlaku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.