Kerana mabuk arak, 2 orang tak bersalah mati dilanggar

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Inilah sebab kenapa Islam mengharamkan arak, inilah sebab kenapa umat Islam di Malaysia menentang penjualan arak yang berleluasa, pesta arak.. mabuk. Dua orang yang tak bersalah menjadi korban... kerana peminum arak


KUALA ROMPIN - Dua lelaki yang sedang memancing di atas Jambatan Sungai Endau, di sini, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di kilometer (KM) 159.5 Jalan Kuantan - Johor Bahru sekitar jam 1.35 awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Fadhlan Mohd Shahidi, 32, berasal dari Pekan dan Mohd Misran Mohd Daim, 44, berasal dari Mersing, Johor.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 30 tahun itu dalam keadaan mabuk sebelum terbabas melanggar kedua-kedua mangsa ketika melalui lokasi kejadian.

"Pemandu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah  Rompin untuk siasatan lanjut manakala mayat kedua-kedua mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat," katanya.
 

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.