Harta al Arqam sebelum diharamkan

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات




Admin ada 3 perkara yang kami kagum dengan gerakan al Arqam pertama, gerakan kebangkitan ekonomi umat Islam yang digerakkan mereka. Mereka sangat yakin umat Islam mampu wujudkan hospital sendiri, produk makanan sendiri, bengkel motor sendiri tanpa perlu berharap dengan orang bukan Islam.

Kedua, Nasyid. Nada Murni antara pelopor awal nasyid moden di Malaysia walau diapit dengan budaya rock yang kuat ketika itu. kewujudan Nadamurni yang ditubuhkan al Arqam memberi nafas baru kepada kesenian Islam.

Ketiga, Serban, jubah, janggut, celak, dan purdah. Penampilan mengikut sunnah dibawakan al Arqam ibarat fenomena yang baru mendiamkan fesyen Barat yang digilai masyarakat ketika itu.

Edisi Sejarah Al-Arqam: Jumlah Harta Darul Arqam Di Malaysia Sebelum Dibeku Yang Sungguh Menakjubkan... Senyum :)

--------------Artikel Penuh Di Bawah---------------

Harta Darul Arqam sebelum diharamkan:

Sebelum Darul Arqam diharamkan mereka mempunyai asset/harta tetap bernilai lebih RM200 juta dalam bidang hartanah, kenderaan, kilang dan sebagainya.




Mereka memiliki 48 buah perkampungan di seluruh Malaysia dengan keluasan tanah 294 ekar yang nilainya berpuluh juta ringgit.

Di setiap perkampungan diwujudkan kawasan pertanian. Antara pertanian yang mereka usahakan ialah penanaman padi, tanaman kontan, tanaman belimbing, kolam ikan, ternakan ayam itik dan nuseri bunga.

Arqam juga mempunyai Pusat Latihan Pertanian di Batu Hampar Perak seluas 20 hektar. Mereka juga memiliki sawah padi seluas 20 ekar di Pulau Pinang, 30 ekar di Keningau dan 100 ekar di Ranau.




Arqam juga mempunyai 92 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk sebuah bas eksekutif dua tingkat dan 10 buah Mitsubisi Pajero pacuan 4 roda.

Mereka juga memiliki 33 buah bas ekspres dan 20 buah teksi di bandaraya Kuala Lumpur.

Darul Arqam juga mempunyai 417 projek ekonomi di seluruh Malaysia antaranya 56 buah kilang perusahaan, 20 buah pasar mini, 52 kedai runcit, 36 kedai buku dan alat ibadah, 21 kedai jahitan, 12 buah bengkel motor dan18 buah restoran.





Dalam bidang penerbitan Arqam sudah punya 13 akhbar dan majalah dan 61 buah buku tulisan Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi. Ketika itu kesemua penerbitan Arqam menjadi rebutan. Majalah al-Mukminah contohnya jualannya mencapai 120,000 naskhah sebulan.

Kesemua akhbar dan majalah Arqam dijual lebih 500,000 naskhah setiap bulan sebelum lesen penerbitan mereka dibatalkan.






Mereka juga mempunyai 10 buah poliklinik tidak termasuk klinik-klinik kecil disetiap perkampungan, 257 buah sekolah di seluruh Malaysia dan11 buah di luar Negara iaitu 4 di Indonesia, 2 di Thailand, 2 di Singapura, 2 di Pakistan dan 1 di Australia.

Bilangan pelajar seramai 9,541 orang dan guru 696 orang. Arqam juga menghantar 320 orang pelajar keluar Negara. Ketika itu Arqam juga sedang membina universitinya sendiri di Pekan Baru, Indonesia.

Sumber:  PanjiKhaliefah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah
Powered by Blogger.