Gempar di India, 10 ahli keluarga ditemui mati tergantung



NEW DELHI - INDIA. Seramai 11 ahli sebuah keluarga ditemui mati dalam keadaan misteri di New Delhi yang mana 10 daripada mereka tergantung pada siling.

Menurut polis, dua daripada mereka adalah kanak-kanak manakala mayat seorang wanita berusia 77 tahun dijumpai terbaring di atas lantai.

"Tangan mereka terikat ke belakang selain mata ditutup. Kami turut menemui nota tulisan tangan menunjukkan kematian mereka mungkin ada kaitan dengan 'amalan mistik'.

Polis bagaimanapun tidak menolak pembunuhan sebagai motif kejadian itu.

Powered by Blogger.