Fakhruddin Pasha menyelamatkan pusaka Rasulullah SAW daripada dimusnahkan tentera Wahabi

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Penyelamatan Peninggalan Rasulullah 
SAW



Pada tanggal 26 Desember 1915 ketika Perang Dunia I berkecamuk, pasukan Wahabi di bawah pimpinan Ibnu Saud mengkhianati Khalifah Utsmaniyyah dengan mengadakan kerjasama ketenteraan dengan Inggeris. Mereka kemudian menyerang Hijaz (Makkah dan Madinah) dan berjaya menguasainya.

Dua tahun kemudian, di bawah pimpinan Leftenan Jenderal Fakhruddin Pasha, pasukan Utsmaniyah merebut kembali Hijaz dari tangan Wahabi. Saat itu beliau bersumpah kepada pasukannya di depan makam Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam bahwa takkan menyerah kepada pasukan Wahabi mahupun Inggeris, sebagaimana wasiat yang ia terima dari Rasulullah didalam mimpi.




Hal yang pertama kali dilakukan Fakhruddin Pasha ketika menguasai Hijaz adalah memindahkan pusaka peninggalan Rasulullah dari Madinah ke Istanbul, demi menjaga daripada pencerobohan dan penghancuran bila dikuasai pasukan Wahabi. Peristiwa ini terjadi pada 17 April 1917.




Berkat jasanya ini, hingga sekarang kita masih dapat menyaksikan peninggalan-peninggalan Rasulullah berupa helai rambut, pedang, busur, pakaian, mushaf-mushaf Al-Quran, manuskrip kuno dan pusaka lainnya di Muzium Topkapi Istanbul, Turki.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.