Dua sahabat Cina memeluk Islam setelah tertarik dengan keindahan Islam yang ditunjukkan Tuan Guru Hj Abdul Awang

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Malam Rabu lalu adalah menjadi sejarah kepada dua sahabat baik Lee Chee Keong, 47, dan Tang Chew Then, 44, selepas melafazkan dua kalimah syahadah yang diajar mengucap oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Pejabat Agung PAS. Jalan Raja Laut.

Dua kenalan rapat ini mengambil keputusan memeluk Islam selepas tertarik kepada keindahan Islam yang ditunjukkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan tertarik dengan akhlak yang dibawa oleh orang Islam itu sendiri.

Ustaz Tuan Ibrahim menamakan Lee Chee Keong ditukar nama kepada Mohd Salleh Lee dan Tang Chew Then kepada Husin Tang, beliau berharap kedua-dua rakan ini yang baharu sahaja bergelar muallaf mudah menimba ilmu pengetahuan tentang ajaran Islam sebenar.

Sumber : Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.