Cerita disebalik filem Tiga Abdul yang ramai orang tidak tahu


TAHUKAH ANDA BERAPA KALI P.RAMLEE MENUKAR JUDUL FILEM INI?

Pada asalnya judul filem 3 Abdul ialah ABDUL WAHAB, ABDUL WAHID, ABDUL WAHUB, tetapi P.Ramlee merasakan judul itu tidak sesuai dan ingin menukar dengan judul yang lebih ringkas dan senang disebut.

P.Ramlee telah membuka peraduan dan peluang kepada sidang pembaca Majallah Filem supaya mencadangkan judul yang sesuai. Hadiah yang ditawarkan pada ketika itu adalah berupa wang tunai berjumlah 50 ringgit.

Pelbagai cadangan yang telah di terima oleh P.Ramlee untuk judul filem ini antaranya ialah :

◇Temberang Orang Kaya
◇Abdul Dajal
◇Si-Abdul Wahub
◇Kapor Ulam Raja
◇Tarbush Merah
◇Putar Belit
◇Ana Jual Ente Beli
◇Tiga Hub
◇Tiga Temberang
◇Halba, Halbi, Halbu
◇Bedol, Bedil, Bedal
◇Tiga Konfrantasi
◇Keluarga Tok Arab
◇Mabok Harta
◇Tiga Abdul
◇The Fabulous Abduls

Dari sebahagian senarai yang dicadangkan ini akhirnya P.Ramlee telah memilih judul TIGA ABDUL untuk filem ini. P.Ramlee hanya mengubah sedikit sahaja dari cadangan yang diterima olehnya dengan menggunakan angka (3). Maka lahirlah judul seperti mana yang kita tahu hari ini.

INFO 3 ABDUL 

Filem yang telah menyangkal banyak pihak dengan terbuktinya kebolehan P.Ramlee mengarah filem komedi tanpa perlu menggunakan pelakon komedi. Beliau telah menukar perwatakan Haji Mahadi, S.Kadarisman dan Salleh Kamil dari selalu membawa peranan jahat dan serius dalam filem sebelumnya kepada watak nakal dan lucu.

Filem pertama P.Ramlee menggunakan angka (3) sebagai judul filem.

Filem terakhir P.Ramlee di Shaw Brothers sebelum berpindah ke Merdeka Film Studio.

Selesai sahaja mengarahkan filem ini, pada tanggal 16 April 1964, P.Ramlee meninggalkan Singapura menuju ke Kuala Lumpur untuk bertugas di Merdeka Film Studio.

P.Ramlee terpaksa membeli tiket untuk menonton filemnya sendiri di panggung Federal, Kuala Lumpur. Beliau tidak sempat menonton previewnya di Singapura kerana telah berpindah ke Kuala Lumpur pada waktu itu. P.Ramlee menonton filem ini bersama-sama Saloma dan Ramli Ismail.

Text: TZP
Gambar: Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik (KFMMK)
Pewarnaan: Repair Gambar Lama (RGL)

#PRamlee
#3Abdul
#KisahDiSebalikTabir
#Trivia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

2 comments :

  1. Ada maksud di sebalik cerita 3 Abdul ni, tentang politik Malaysia, pernah terbaca, tapi tak ingat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.