10 tip mudah menghafal dengan cepat



1. Fokus
Sebelum membuka buku, pastikan kamu fokus dan memberi sepenuh perhatian. Elakkan gangguan bunyi kerana ia boleh mengganggu tumpuan. Sebaiknya, tutup saja tefon bimbit.




2. Baca dengan kuat
Membaca dengan nada kuat sehingga diri sendiri boleh mendengar. Sebelum itu pastikan pintu dan tingkap ditutup, supaya suara nyaring kamu itu tidak mengganggu ketenteraman orang lain.

3. Ajar pada orang lain
Mengajar orang lain adalah salah satu cara terbaik untuk menghafal. Ini akan meningkatkan pemahaman dan daya ingatan. Itu sebabnya ilmu harus diajar pada orang lain kerana salah satu manfaatnya kamu sendiri akan menjadi faham dan ingat.

4. Latihan depan cermin
Sekiranya kamu tidak mempunyai pendengar yang sudi menemani kamu seperti ahli keluarga atau kawan, kamu juga boleh bercakap di depan cermin.

5.Guna perakam
Gunakan perakam memori. Terdapat banyak perakam yang boleh kamu gunakan untuk membantu menghafal.

6. Relaks
Biarkan fikiran kamu tenang kerana semakin kamu relaks, kamu akan mudah menghafal dan meningkatkan pemahaman jadi lebih tinggi.

7. Waktu yang tepat
Pilih waktu yang tepat untuk menghafal. Kebanyakan pelajar yang cemerlang dan berjaya, mereka akan tidur selepas isyak dan bangun semula 2/3 malam untuk menghafal.

8. Berulang kali
Untuk menghafal, perlu membaca berulang kali. Sebaik-baiknya sehingga 7 kali. Ini kerana lebih banyak kamu mengulang, maka makin banyak kamu dapat mengingatinya.

9. Buat catatan
 Catatan membantu dalam menguatkan daya menghafal. Catat point penting atau hightlight supaya kamu tidak perlu membaca berulang kali di bahagian yang tidak penting.

10. Makanan seimbang.
Makan makanan seimbang kerana ia sangat penting untuk memberi nutrien yang diperlukan oleh otak .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.