Video : Dah la tak nak bayar, pekerja restoran pula kena beduk

#KualaLumpur
#KesMakanTakNakBayarDiRestoran
#CCTV


[LAPORAN LENGKAP DI BAWAH]

[VIDEO CCTV OLEH PEMILIK RESTORAN]


'Makan tak mahu bayar, pukul pekerja restoran pula'

Kalbana Perimbanayagam
cnews@nstp.com.my

LIMA pelanggan sebuah restoran bertindak biadap apabila memukul dua pekerja restoran di Publika, Hartamas dipercayai akibat enggan membayar makanan.

Kejadian berlaku pada 11 pagi Ahad lalu itu turut tular di media sosial yang memaparkan video tiga daripada empat lelaki dan seorang perempuan memukul dua pekerja restoran terbabit.

Menurut pemilik restoran, Ekbal Hussain Mohamed Gani, kejadian itu berpunca apabila tiga lelaki berkenaan tidak mahu membayar harga makanan yang dipesan berikutan mendakwa ia tidak sedap sebelum membuang pinggan berisi kuah ke lantai.

Katanya, selepas menyatakan bahawa makanan yang dihidang tidak sedap, tiga lelaki berkenaan kemudian memanggil dua pekerjanya.

“Saya terima panggilan mengenai kejadian daripada salah seorang pekerja dan berkejar ke restoran untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Namun, sebaik sampai, lima pelanggan berkenaan sudah tiada,” katanya ketika ditemui di restorannya, hari ini.

Menurut Ekbal, kejadian itu berpunca apabila pekerjanya meminta kumpulan pelanggan berkenaan untuk membayar harga makanan yang mereka makan selepas dipanggil.

“Disebabkan tidak berpuas hati, tiga daripa empat lelaki itu kemudian memukul pekerja restoran saya di bahagian muka dan kepala.

“Kerana tindakan itu, mereka terpaksa mendapatkan rawatan di klinik sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pemilik restoran berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga suspek terbabit memukul pekerja restoran berkenaan sudah ditahan bagi membantu siasatan.

“Dua suspek pertama ditahan pada 11.30 malam hari kejadian, manakala seorang lagi ditahan pada keesokkan harinya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Jun 2018 @ 7:17 PM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.