Tugas Peguam Negara yang patut kita tahu

FAHAMI BIDANG TUGAS PEGUAM NEGARA

Peguam Negara Malaysia ialah penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Malaysia. Peranan dan tanggungjawab beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan:

Yang DiPertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri Malaysia, melantik seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan .

Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang DiPertuan Agong atau Jemaah Menteri dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Kuasa Peguam Negara amat besar. Tugas utama beliau ialah menasihati DYMM Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri dalam apa jua aspek undang undang di negara ini.

Percubaan untuk melantik seorang yang bukan Islam (walaupun layak dari segi undang undang) adalah amat tidak wajar dan bertentangan dengan semangat dan peruntukan Islam sebagai Ugama Persekutuan.

Bagaimana seorang Peguam Negara yang bukan Islam mampu menasihati YDPA dan PM berkaitan hal hal perundangan Islam di negara ini?Apakah sudah tidak ada legal scholars berugama Islam yang mampu memegang jawatan besar dan berkuasa ini?

Percubaan ini mesti ditentang oleh seluruh umat Islam.Mereka mesti bersatu tanpa mengira fahaman politik.NGO Islam juga mesti melakukan sesuatu sebelum nasi menjadi bubur!

Wan Zainuddin Wan Musa
https://www.facebook.com/wan.zack1

Wan Zainuddin & Co Advocates & Solicitors
Peguam

Support Profesional Istiqamah https://pas.jomdonate.com/danaPI
Facebook: fb.com/profesionalistiqamah
Twitter: twitter.com/proistiqamah
Instagram: https://www.instagram.com/proistiqamah/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.