tayar terlanggar tahi anjing

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ni saya dapat ilmu baru, so saya share dengan semua friendlist fb saya. Semoga mendapat sedikit manfaat dari ilmu ini. 😁😁😁

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya. Tayar motor terkena najis anjing, perlu samak atau tidak?

JAWAPAN
Tayar motor tidak perlu disamak. Sama seperti tayar kereta, lori, bas dan kenderaan lain. Sama juga halnya dengan selipar atau kasut yang kita gunakan seharian. Ini kerana termasuk dalam umum al-balwa dan juga ia sentiasa digunakan di mana terkena padanya tanah, air, rumput dan sebagainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.