Melantik kafir zimmi dalam pemerintahan Islam

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.


MELANTIK KAFIR ZIMMI DALAM PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM

Negara Islam ialah negara yang terbina dengan asas aqidah. Menjadi tanggungjawab Negara memastikan kedudukan agama Islam terpelihara dan hak - hak Islam dalam perlembagaan tidak digugat oleh mana - mana pihak. Kedudukan Islam tidak mungkin dijaga melainkan dipandu, diketuai dan dipimpin orang-orang Islam sendiri. 

Atas sebab itu Islam melarang jawatan-jawatan asas yang memiliki kekuasaan penuh melibatkan penjagaan agama Islam seperti khalifah, ketua tentera, ketua hakim negara, pengurusan perbendaharaan dan seumpamanya diserahkan kepada orang bukan Islam. 

Demikian jawatan-jawatan yang  berkaitan dengan 'wazarah tafwidh' yang berperanan sebagai penentu dasar, polisi dan sistem perundangan Negara tidak boleh diserahkan kepada orang bukan Islam. 

Namun, orang bukan Islam boleh dilantik di bawah bidang kuasa 'wazarah tanfiz' yang berperanan sebagai pelaksana sekiranya memenuhi syarat - syarat yang ditetapkan antaranya berkelayakan, amanah dan ikhlas terhadap negara. 

Imam Mawardi dalam kitabnya Ahkam Sultoniyah menyatakan kafir zimmi yang cukup syarat - syarat seperti di atas boleh menjawat  di bawah 'wazarah tanfiz' yang menjadi pelaksana dan penggerak kepada dasar - dasar yang ditetapkan Negara. 

Islam menjaga hak - hak orang Islam dan juga ahli zimmah yang bernaung di bawah negara Islam, tetapi mereka hendaklah menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan turut mempertahankan kedudukan Islam dari sebarang ancaman dan bersama menjaga masyarakat dari perkara - perkara yang boleh menggugat kestabilan dalam Negara. 

Rujukan : 
Huquq Al-Insan Fl-Islam, Al-Ustaz Mahmud Sayyid



Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.