Majlis akad nikah sudah tidak dibenarkan didalam ruang utama masjid

Peraturan baru di Masjid Abdullah Fahim , Kepala Batas. Mungkin juga boleh diimplementasi di masjid-masjid lain di Pulau Pinang. Ini alasan pihak pengurusan masjid.

Merujuk kpd notis di atas dimaklumkan bahawa keputusan ini dibuat atas sebab menjaga kehormatan masjid sebagai tempat yg paling mulia..Kerap berlaku masalah-masalah berikut yg dilakukan oleh pasangan pengantin dan rombongan yg mencemarkan kesucian rumah Allah ini antaranya:-

1. Pelanggaran adab dan susila di dlm masjid spt tidak menutup aurat , berpakain yg tidak sopan wanita yang haid masuk ke dalam masjid dan berkelakuan tidak sopan.
2. Bising sehingga mengganggu jemaah atau individu hendak bersolat dan beribadat di dalam dewan solat masjid.
3. Membiarkan ank2 bermain tanpa kawalan sehingga ke atas mimbar..

Dan bayaran RM 50 yang dikenakan adalah spt berikut:-

1. RM 10.00 kpd petugas yg kan menyiapkan bilik utk digunakan. Petugas adalah terdiri drpd Biro muslimat yg dipilih dari kalangan orang susah atau asnaf.
2. RM 20.00 adalah bayaran bagi utiliti. Bilik tersebut dilengkapi hiasan utk majlis akad dan berhawa dingin 
3. RM 20.00 adalah bagi sumbangan ke dalam tabung Biro Muslimat utk kegunaan pelaksanaan program Muslimat termasuk program kongsi rezeki yg sedang dijalankan oleh pihak masjid.


sumber :

https://m.facebook.com/penangkini/photos/a.1506299696274177.1073741828.1422465924657555/2028590727378402/?type=3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.