Lela Rentaka : Teknologi tradisional pembuatan meriam ciptaan bangsa Melayu


Jangan tertipu dengan sejarah acuan dari barat yang ada sekarang ini yang jelas menyembunyikan fakta sebenar mengenai peradaban Melayu silam. Dimana dikatakan bangsa Melayu ini bangsa yang babarian/tidak bertamadun. Tinggal di hutan, gua, berkaki ayam, tidak mempunyai sistem tulisan sendiri, kolot dan tidak ada pencapaian. Lebih menyimpang lagi bangsa kita digelar Bangsa Sakai yang dipandang hina bangsa asing.

 Ini semua agenda halus musuh-musuh yang mahu bangsa kita hilang jati diri sebagai suatu bangsa yang satu ketika dahulu adalah bangsa Melayu Islam yang amat tinggi pencapai kebudayaan, peradaban dan teknologi nya. Sebagai salah satu buktinya, orang Melayu sudah lama mempunyai sistem senjata canggih MANPAD yang merupakan meriam laras kecil yang kedudukan sistem pelancar dilancar pada bahu pengendali. 

Senjata ini adalah revolusi dari sistem meriam konvesional yang di kompak menjadi kecil bagi memudahkan ia digunakan oleh tentera infantri pada tersebut untuk memusnahkan sasaran musuh yang berselindung di sebalik kubu. Senjata ini boleh dikatakan adalah asas kepada sistem bazooka dan RPG yang kemudian di inspirasikan pihak US dan Russia dalam Perang Dunia Kedua.

Perkembangan senjata Lela Rentaka ini adalah teknologinya dari Nusantara sendiri. Malah mutu buatan, kualiti dan kehalusan pembuatan senjata ini tiada tolok tandinganya. Sedarlah anak-anak Melayu Islam, kalian sebenarnya adalah bangsa terpilih yang hebat penguasaan teknologi nya.

 Jangan malu menjadi Melayu dan jangan biarkan bangsa mu diinjak-injak bangsa lain yang mengaku kononnya mempunyai tamadun yang tinggi dari kalian. Kalian adalah bangsa Melayu Islam yang suatu ketika dahulu adalah lebih hebat teknologi dari bangsa-bangsa yang hari ini mencaci dan menghina mu. Bangkitlah anak bangsa ku dari lena yang panjang sebelum terlambat. Ingat Melayu itu bukan bangsa yang bodoh tapi sebenarnya bangsa penguasa satu ketika dahulu.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.