Hanya kepada satu kerabat diraja ini sahaja Queen Elizabeth tunduk hormat, kenapa?




Queen Elizabeth tunduk hanya pada satu kerabat di dunia iaitu kerabat diraja Africa.

Gambar ini dikongsi oleh sahabat dari Africa,kerabat diraja Ethiopia. Apa yang menyebabkan Queen Elizabeth dan Prince Phillip tunduk hormat pada Emperor of Ethiopia ini? Mereka tidak pernah tunduk pada sesiapa. Mengikut sejarah,Kerabat Ethiopia adalah dari keturunan Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman a.s. Asal kerajaan Ethiopia yang juga dulu dipanggil Aksum(Axum) adalah dalam kerajaan Saba',iaitu kerajaan Ratu Balqis. Sebelum kerajaan Aksum,kerajaan ini turun dari pecahan kerajaan Cush iaitu Anak kepada Ham anak kepada Nabi Nuh a.s. Cush juga yang melahirkan Raja Namrud. Keturunan Cush bin Ham ini melahirkan raja-raja besar di wilayah Africa dan Parsi. Sehingga hari ini,orang ethiopia bercakap bahasa Africa(Cush)+ semitic(Yahudi),bahasa ibunda mereka ribuan tahun. 

Sejarah Ethiopia juga menyaksikan commander tentera empayar Aksum iaitu Abraha mengambil alih kerajaan yahudi Yaman Himyarite di bawah kempen perang oleh raja Kaleb of Aksum. Raja Himyarite ketika itu adalah Yusuf Dhu Nuwas,seorang beragama Yahudi yang memusuhi agama Kristian. Kerana itulah mereka diserang oleh oleh Raja Kaleb,kemudian Raja Kaleb meletakkan wakil bernama Sumuafa' Ashawa'(esimiphaios) seorang beragama Kristian. Bagaimanapun beliau tidak disukai oleh rakyat,ketika itu Abraha mengambil peluang menjatuhkannya dan naik menjadi Raja yaman dan bernaung bawah kerajaan Aksum. Raja Abraha inilah yang menyerang Makkah dan mati ketika menyerang Kaabah dengan balingan batu neraka dari burung Ababil. 

Ketika,Islam mula berkembang, Nabi Muhammad s.a.w menghantar sahabat-sahabat berlindung dibawah kerajaan Ethiopia  Raja Najash(King Armah) yang beragama Kristian ortodox,sambungan dari fahaman terawal Kristian. Raja Najash dapat menerima muslim ketika itu,kerana baginda sendiri sedar akan kedatangan seorang Nabi dari Arab seperti yang diterangkan melalui agama dan kitab anutannya iaitu Kristian yang asal sebelum diubah.

Jadi,inilah sebabnya,Queen Elizabeth dan Prince Phillip sangat memuliakan Raja dari Ethiopia,satu kerana kerajaan mereka adalah kerajaan kristian terawal wujud di dunia dan kerabat rajanya yang bercampur darah dari Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman a.s. Dapat kita belajar sedikit sejarah dunia melalui gambar ini.

Sekian,terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.