Bulan madu berdarah siri 1: Sachin & kematian Kanak



Percintaan Sachin Mishra seorang lelaki India dengan kekasihnya, Jyoti akhirnya diikat dengan perkahwinan.

Kisah duka perkahwinan mereka bermula apabila mereka dipaksa bercerai apabila keluarga mendapati mereka berdua mempunyai talian persaudaraan.

Selepas bercerai, Sachin menikahi wanita lain bernama Kanak. Walaupun telah bernikah dengan Kanak, Sachin masih lagi berhubung dengan bekas isterinya yang menyebabkan Sachin dan Kanak sering bertengkar.

Oktober 2011, Sachin dan Kanak pergi berbulan madu di Bukit Mussoorie, di Dehradun, Utara India. Kisah terjadi apabila mereka bersiar-siar sekitar bukit untuk bergambar, mereka berdua bertengkar semula. Puncanya berkaitan soal hubungan Sachin dengan bekas isterinya.

Lereng Bukit Mussoorie 

Gagal mengawal marah, Sachin memukul Kanak dengan batu tajam yang menyebabkan kematian isterinya. Sachin bertindak menggolekkan mayat Kanak jatuh ke cerun sebelum berlepas pulang pada hari yang sama.

Sachin membuat laporan Polis menyatakan isterinya telah lemas. Hasil siasatan akhirnya membawa kepada pengakuan Sachin adalah punca kematian isterinya.

*kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku di India. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.