3 amalan Jeneral Besar Sudirman sehingga Belanda tak mampu menangkapnya.



Ketika disaat pengisytiharaan penentangan anak watan Indonesia menentang penjajah Belanda, Jeneral Sudirman antara sasaran Belanda untuk ditangkap.

Seorang pengkhianat, telah melakukan risikan dan memaklumkan kepada Belanda berkenaan keberadaan Jeneral Sudirman di suatu lokasi dan rancangan licik Belanda itu telah sampai kepengetahuan Jeneral Sudirman.

Jeneral segera mengumpul tentera yang ada ketika itu, duduk dan bertahlil. Bergema kalimah la ila ha illallah memecah kesunyian.

Tentera Belanda hadir dan mereka seolah terpaku dan pulang begitu sahaja tanpa sebarang tindakan agresif terjadi. Mereka pulang dan membunuh pengkhianat kerana menyangka telah ditipu dengan informasi yang salah. Belanda tidak melihat langsung sosok Jeneral Sudirman kecuali hanya sekumpulan orang yang sedang berdoa.

Pengikut-pengikut Jeneral Sudirman lantas bertanya kepadanya apakah azimat yang dipakai sehingga Belanda tidak dapat menangkap beliau. Jeneral Sudirman mendedahkan rahsia 3 amalan yang tidak pernah ditinggalkannya iaitu sentiasa dalam keadaan berwuduk, tidak pernah meninggal solat berjemaah dan rasa kecintaan tinggi pada bangsa dan negara. alfatihah Jeneral Sudirman, pahlawan nasional Indonesia.

Jeneral Sudirman

Sumber: Ust Abdul Samad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.