Solat terawikh di rumah? anda tak perlu susah2, baca ni

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات



Ramai muslimah tak confident untuk solat tarawih di rumah sebab tak tahu nak baca surah apa dan tak tahu nak berselawat, menyebut nama para sahabat dan berdoa pada rakaat ke empat.

Namun HAKIKATNYA menurut kefahaman sunnah yg soheh, berselawat  serta menyebut nama para sahabat dan berdoa setiap 4 rakaat itu TIDAK PERNAH WUJUD di dalam dalil. Tidak dikhususkan tarawih itu dgn bacaan surah2 tertentu. Bacalah mengikut kemampuan hafalan mu.  jika kamu hanya menghafal al fatihah dan al ikhlas sahaja, maka solat tarawih  kamu tetap sah dan berqualiti IBADAH jika diulang2 surah yg sama di baca pada setiap rakaat solat.

Buatlah tarawih dgn 2 rakaat salam, 2 rakaat salam sehingga 8 rakaat dan tutupilah dgn 3 rakaat witir dgn 2 salam. DAN Tidaklah menjadi kesalahan atau bid'ah jika dibuat lebih rakaat tarawih.
Muslimah lebih AFDHAL bertarawih di rumah.TIADA TUNTUTAN pun utk muslimah ikut bertarawih berjemaah di masjid dan pahala yg kalian dpt tetap sama sprti apa yg Kaum Adam dapati di Masjid..kerana MASJID wanita adlh dirumahnya.

Bagi jamaah ikhwan&Akhwat yg bertarawih dimasjid/surau DAN BERIMAMKAN IMAM yang buat 23 rakaat (termasuk witir) , maka sebolehnya JANGANLAH balik ke rumah pada 8 rakaat kerana Nabi s.a.w mengkhabarkan bahawa apabila seseorang itu bertarawih bersama IMAM sehingga selesai maka ia akan mendapat pahala solat SELURUH MALAM. TAK NAK KE?

Jumlah rakaat solat tarawih samada 8 @ 20 rakaat bukanlah isu besar dalam permasalahan tarawih kerana Nabi s.a.w TIDAK PERNAH menetapkan jumlah rakaat untuk solat malam. Kata Nabi s.a.w "Barangsiapa yang nak buat solat malam, maka lakukanlah secara 2 rakaat salam, 2 rakaat salam..." (tanpa baginda menghadkan jumlah rakaat).dan solat tarawih ini adalah termasuk SOLAT MALAM yg dimaksudkan Nabi.. 

SETERUSNYA, apabila kita telah sempurna solat tarawih bersama imam lalu kita ingin melakukan solat MALAM TAHJUD pada 1/3 malam maka SILAKAN kerana solat malam itu tidak ditetapkan jumlah rakaatnya, maka barang siapa yang NAK buat lebih rakaat secara 2 salam , 2 salam... maka silakan....CUMANYA tidak perlu lagi untuk menutupi TAHJUD dengan WITIR kerana witir telah sempurna bersama tarawih. tidak ada 2 kali witir pada satu malam ya.

SEMOGA BERMANFAAT.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI/PETANG DAN SAYYIDUL ISTIGHFAR.. 
*JANGAN TINGGAL QURAN*

Barakallahu feekum 💞


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.