Darah bangsawan Najib Razak

توليسله اڤ يڠ كاو ليهت، چاتتله اڤ يڠ كاو فيكيركن، بيار مريك ايت تاهو بهاوا ملايو ايت بوكن سمواڽ بوليه دڤربودوهكن. كيت اومت ملايو بڠسا يڠ بردولت، اڬام اسلام منجاديكن كيت هيدوڤ برمرواه، برجواڠله ممباڠونكن بڠسا، منڬقكن اڬام دان ممڤرتاهنكن نڬارا. ايڠتله ڤسانكو اين، بيار ڤوتيه تولڠ، جاڠن ڤوتيه مات


Salasilah Keturunan & warisan kekayaan DS Najib 

Selama ini sedarkah kita yang Dato Sri Mohd Najib Tun Razak bukan dari keturunan Dr Gigi yg kaya setelah menjawat Perdana Menteri ke-4. Sebaliknya Dato Sri Najib dari keturunan orang kaya  Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar. 

Siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah?

Tan Sr noah merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama (1 September 1959 - 29 Februari 1964)

Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga (24 Februari 1969 - 28 Julai 1970)

Menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.

Mengikut salasilah, Tan Sri Noah berasal daripada sebuah keluarga yang sejak turun-temurun bergelar "Orang Kaya" yang menjaga dan mentadbir daerah Padang, Muar.

Bapanya, Orang Kaya Omar dan datuknya Orang Kaya Junid merupakan "Orang Kaya" yang terbilang dan berpengaruh pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1862-1895). Gelaran "Orang Kaya" dikurniakan kepada seseorang rakyat untuk menjadi wakil Sultan menjaga keamanan dan mentadbir daerahnya.

Datuk beliau, Orang Kaya Junid, berasaI daripada zuriat seorang kerabat Raja Chempa Bugis yang berkerajaan di daerah Bukit Makmur (Bukit Mor), Muar, Johor.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Maimun binti Haji Abdul Manaf (anak Kadi Daerah Muar) pada Julai 1922. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki. 

Anak-anak mereka bernama Suhailah Mohamed Noah, Rahah Mohamed Noah, Datin Fakhriah dan Abu Rais (gelaran Atan). Tun Suhailah Mohamed Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn (1976-1981)

Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976) (AYAH KEPADA DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK. Manakala Datin Fakhriah Mohamed Noah pula adalah isteri kepada Dato' Abdullah Ahmad, bekas Yang di-Pertua, Majlis Bandaran Johor Bahru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.