Laman Utama » , » Raja Bersiung dari kacamata Seniman Dato Ahmad Mahmood

Raja Bersiung dari kacamata Seniman Dato Ahmad Mahmood

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.




Filem Raja Bersiong yang diarahkan oleh Jamil Sulong pada tahun 1968 sekali lagi berjaya melonjakkan nama Ahmad Mahmood. Walaupun filem berbajet besar itu kurang mendapat sambutan di pawagam, tetapi lakonan yang dipersembahkan oleh Ahmad Mahmood sangat berkesan. 

Pada satu hari Ahmad Mahmood didatangi oleh Jamil Sulong untuk melamarnya memegang watak utama dalam Raja Bersiong, dia menerimanya dengan penghargaan yang tinggi walaupun hakikat yang sebenar Ahmad Mahmood kurang berminat dengan naskah dongeng. Menurut Ahmad Mahmood, penyerahan peranan Raja Bersiong itu adalah satu penghormatan yang tidak boleh diabaikan. Bagi Ahmad Mahmood setiap peranan yang dipertangungjawabkan haruslah diterjemahkan dengan bersungguh-sungguh.

Ahmad Mahmood berkata, filem Raja Bersiong adalah satu filem yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Ianya tidak memberi apa-apa erti kepada saya. Filem ini berkepentingan kepada sesetengah pihak untuk menyelamatkan industri filem Melayu pada ketika itu. Walau bagaimanapun, dari segi penguasan watak saya berasa puas. Tetapi untuk kepuasan jiwa tiada satu pun yang menarik sebab Raja Bersiong adalah khayalan semata-mata. Kisahnya tidak berpijak di bumi nyata. Saya lebih sukakan naskah yang realistik dan ada unsur kebenaran, katanya. 

Selepas filem Raja Bersiong, zaman kegemilangan filem Melayu di MFP terus padam berikutan penutupan studio Jalan Ampas pada bulan Disember 1967. Ahmad Mahmood terus mendayung kehidupannya dalam gelombang yang semakin mencabar di Kuala Lumpur. Dia terpaksa memikirkan perahu yang lain untuk meneruskan pelayarannya demi kelansungan hidup keluarganya.

Sumber :

Kacha Permata - Jamil Sulong

Ahmad Mahmood - Bintang Di Langit Seni

Erti Yang Sakti - Tun Ahmad Sarji


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.