Laman Utama » » Pesan ibu yang buat saya tersentak

Pesan ibu yang buat saya tersentak

كڤد اورڠ اسلام يڠ تله چوكوڤ عمور 21 تاهون، سيلا دفتر سباڬاي ڤميليه اونتوق اندا دبنركن مڠوندي ددالم ڤيليهن راي. اورڠ اسلام يڠ تيدق امبيل ڤدولي ڤوليتيك، اكن دڤيمڤين اوليه اورڠ ڤوليتيك يڠ تيدق اكن ڤدوليكن اسلام.

ماري كيت مڽوكوڠ ڤرودوق دان ڤرنياڬان مسلم كران مسلم يڠ كاي اكن ممبريكن منفعة كڤد سلوروه اومت اسلام ملالوءي زكاة، صدقه دان واقف.




Bismillah..

Saya copy and paste je ni. Tapi mmg betul sgt.
Renung2 kan..

PESAN IBU YANG MEMBUAT SAYA TERSENTAK ..

"Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.

Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.

Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di 'renovate' berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20x40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.

Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Design rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.

Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana" 

Nota kaki : 

Perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua renungkan....

Betul tu utk pelanggan2 saya..x yah lah buat umah besar2 sgt..bnyk kekurangan rumah besar dari kelebihan..syok dia sat jer...yg penting amalkan perbelanjaan berhemah & gaya hidup keluarga bahagia dunia dan akhirat.

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar

#runnerRG
#runnerhartanah

sumber : https://www.facebook.com/radzi.ghani.9/posts/1668681886501653
Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak kami viralkan secara PERCUMA sila WhatsApp kami Klik Disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan di media sosial

No comments

Powered by Blogger.