Penampilan Wali Allah Tok Kenali ada kelas tersendiri

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


Kelas dan Kemewahan Tersendiri Tok Kenali

Dikala yang lain segak kemas berkasut cantik, rapi berbaju Melayu serta sampin dan bersongkok, dilihat mempunyai kelas tersendiri ketika itu, datang seorang duduk dihujung sekali berbaju lusuh, berserban ala kadar dan tidak berkasut. Tidak ada kelas! Namun nama dia hingga ke hari ini tetap di bibir. Jiwanya bersemadi di dalam jiwa-jiwa manusia hari ini. Makamnya masih dilawati dan diingati.

Mungkin kita rasa berpakaian mewah dan segak itu dapat menambat hati manusia tetapi jauh dari sudut itu apabila nabi bercerita bab qanaah dan zahid dari dunia sebenarnya mendatangkan menafaat lebih besar.

Antara kita mungkin masih ada yang kenal mereka berpakaian segak di dalam gambar tersebut tetapi Tok Kenali tidak perlukan dilihat mewah untuk dikenali malah dikenali oleh semua bukan hanya sebahagian kita walaupun pakaiannya tidak sesegak yang lain. 

Dunia ini terlalu sebentar untuk kita ambil. Bagi yang meninggalkan dunia ini dia akan dipelajari dan diingati walaupun sudah tiada. 

Hari ini kita rata-rata ingin kejar kemewahan supaya dikenali, masyhur dan diingati. Sebenarnya ia adalah perkara sebaliknya. Kehidupan berkelas sebenarnya apabila kita sudah mati. Kita masih diingati dan dicontohi walaupun jiwa dan raga kita sudah tiada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.