Malapetaka besar, Yahudi sudah bina kuil bawah Masjid al Aqsa

بسم الله الرحمن الرحيم..
 حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ.. 
الله اكبر سبحان الله..
Sesuatu yang amat Mendukacitakan buat seluruh umat Islam..
Moga الله memelihara Masjid al-Aqsa sesuai dengan kehendak-Nya..

Kuil Yahudi telah dibina di bawah dinding Buraq

Israel telah mengumumkan bahawa sebuah rumah ibadat ataupun kuil Yahudi telah dibina di bawah dinding Buraq di kawasan Timur Masjid Al Aqsa di Jerusalem.

Pembinaan kuil yang megambil masa selama 12 tahun ini akhirnya telah dibuka pada Isnin lepas.

Dalam kenyataan Dr Ekrema Sabri yang merupakan Ketua Majlis Tertinggi Islam di Jerusalem merangkap Mantan Imam Masjid Al Aqsa, dinding Buraq adalah sebahagian daripada binaan Masjid Al Aqsa dan ia merupakan warisan islam dan akan kekal sehingga ke hari kiamat. Penjajah Israel tidak berhak ke atas setiap warisan di Jerusalem dan kuil Yahudi yang dibina tidak mempunyai asal usul sejarah.

Beliau turut menegaskan bahawa, setiap binaan baru yang dilakukkan oleh tentera penjajah Israel adalah jelas tidak sah kerana tidak bersumberkan asas sejarah, dan kota suci (yakni Masjid Al Aqsa) tidak boleh dibahagi-bahagikan.

Pada masa yang sama, Menteri Kebudayaan Israel Miri Regev telah mencadangkan kepada kerajaan Israel untuk memperuntukkan sebanyak 50 juta Usd untuk kerja-kerja penggalian dan penerokaan di bawah Masjid Al Aqsa bagi mencari kuil-kuil Yahudi.

Ketika ini, kerja-kerja penggalian di Masjid Al Aqsa sedang giat dilakukkan oleh tentera penjajah Israel seiring dengan cadangan yang telah dikeluarkan oleh Miri Regev.

Sumber:
Geopolitics Alert
International Middle East Media Centre



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.