Cucu Tokoh Komunis calon DAP, sokong konsep Malaysian Malaysia



BANGSAT

Jamaliah Jamaluddin, cucu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama dalam pilihan raya umum 9 Mei ini.

Jamaliah antara calon Melayu yang diketengahkan DAP bagi menggantikan pemimpin mudanya Yeo Bee Yin yang beralih ke Bakri, Johor.

Kerusi itu sebelum persempadanan semula dikenali sebagai Damansara Utama.
Bercakap kepada Malaysiakini, Jamaliah tidak nampak menggalas nama sebagai cucu Shamsiah (atas) menjadi beban buatnya dalam politik.

Saya tak rasa terbeban sebab bagi saya beliau adalah seorang pejuang negara dan beliau telah berkorban begitu banyak sekali.

“Jadi saya rasa beliau sebenarnya adalah idola saya dan saya sebenarnya melalui pengalaman hidup beliau dengan kisah-kisah yang diceritakan oleh beliau.

“Sebenarnya beliau adalah sumber inspirasi saya. Memang saya tak akan rasa terbeban,” katanya.

Sementara itu, Jamaliah, 29, memberitahu beliau memilih DAP kerana prinsip dan ideologinya.

“Saya suka konsep Malaysian Malaysia,” katanya.

sumber :

https://m.malaysiakini.com/news/421036

Konsep Malaysian Malaysia, korang boleh search google.. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.