Cerita disebalik PAS bertanding 160 kerusi dibongkar




YG TERSURAT DAN TERSIRAT. 

Pilihanraya umum ke 14 akan diadakan pada 09hb Mei 2018 akan datang. 
222 kerusi parlimen akan jadi rebutan pelbagai Parti. 
Dari 222 kerusi itu,  terdapat 149 kerusi majoriti islam dengan pecahan % pengundi islam seperti berikut:-
128 kerusi dengan majoriti islam lebih 70% .
10 kerusi dengan majoriti islam 60 -70 %.
11 kerusi dengan majoriti islam 50 - 60%.

INI LAH YG TERSURAT
Bila Pas umum untuk bertanding lebih 160 kerusi, apa yg tersirat disebalik pengumuman itu. 
1. Pas mengajak umat islam bersatu supaya kita kuat dan digeruni. 
2. Pas ingin beritahu rakyat bahawa islam berpeluang memerintah negara ini jika umat islam bersatu dan bersama rakan2 bukan Islam yang cintakan keharmonian..  Sukar ke untuk umat islam bersatu di kertas undi....  Tidak kan.. 
3. Peluang untuk islam mempamerkan keadilan dan keindahan islam kpd semua kaum dan agama. 
4. Mewariskan satu kepimpinan yg amanah dan takutkan Allah kepada generasi akan datang. Menjamin keutuhan aqidah generasi islam yg semakin longgar hari ini. 

INI LAH YG TERSIRAT
Pas tak mampu memerintah?  . Calon2 Pas yg diumumkan semalam terdapat dua orang saintis, berpuloh jurutera pelbagai bidang,  berpuloh doktor perubatan, berpuloh pemegang ijazah pengajian islam dari pelbagai cabang ilmu islam. Yakinlah mereka mampu dan yakinlah mereka dilindungi dan dibantu Allah Subhanahuwataala. 

Jom kita beristigfar dan bersatu untuk islam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini

No comments

Powered by Blogger.