Tips jaga radiator kereta supaya tahan lama


Kepada anda yang ingin mendapatkan senarai produk keluaran Muslim sila >Klik Disini<


Bagaimana menjaga radiator kereta supaya tidak bocor dan tahan lama selain kesan sekiranya air paip ditambah ke dalam tangki penyejuk (coolant) ketika suhu rendah?

JAWAPAN :



Penggunaan air biasa sebenarnya tidak sesuai bagi kenderaan air paip mengandungi klorin, mineral dan pelbagai bendasing.

Bahan kimia yang ada pada air paip bertujuan mensterilkan bakteria. Organisma dan bendasing lain boleh menghakis kepala silinder yang diperbuat daripada aluminium.

Apabila air mengalami kepanasan akibat pergerakan enjing, semua bendasing ini akan bertindak balas secara kimia dengan dinding radiator dan bahagian logam enjin lain yang akhirnya membentuk mendapan.

Gunakan air suling yang dihasilkan daripada wap air dan bilas radiator setahun sekali termasuk menggunakan bahan tambah penyejuk (coolant) dalam sukatan betul.

Ini dapat mengelakkan karat dan meningkatkan tahap suhu didih bendalir penyejuk dalam enjin.


Jika anda ada perniagaan dan produk Muslim yang hendak admin viralkan sila WhatsApp kami >Klik Disini<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sila viralkan artikel di atas dengan klik button share WhatsApp, Facebook, Twitter dan lain-lainnya dibawah ini

No comments

Powered by Blogger.