Sistem Binaan Berindustri (IBS)

Jika ada cerita yang menarik atau produk perniagaan yang mahu kami viralkan, sila Whatsapp kami di 014-9678920

Apakah Sistem Binaan Berindustri (IBS) ? Nama IBS popular kebelakangan ini kerana sering dikaitkan dengan sindiket penipuan rumah murah. Ada yang mula curiga jika pemaju perumahan mengaitkan sistem pembinaan mereka dengan IBS ini, Jadi apakah IBS?

IBS merujuk kepada satu teknik pembinaan membabitkan komponen dikialngkan dalam persekitaran terkawal - sama ada di dalam atau diluar tapak yang diletakkan dan dipasang untuk kerja-kerja pembinaan.

Kerja siap lebih cepat dengan penggunaan komponen pra pasang untuk menggantikan penuangan di tapak.

Tapak lebih selamat, bersih dan teratur dengan pengurangan jumlah sisa, serta bilangan pekerja di tapak pembinaan dan jumlah kos pembinaan lebih murah.

Terdapat lima jenis IBS di Malaysia :

  1. Sistem konkrit pra tulang
  2. Sistem kerangka keluli
  3. Sistem kerangka kayu
  4. Sistem block
  5. Sistem acuan berulang
  6. Sistem berinovatif
SIRIM

Dalam IBS, Sirim menyediakan perkhidmatan skim Modular Coordination Verification, yang mengesahkan dimensi komponen binaan telah disediakan menepati Standard Malaysia siri MS 1064, yang merupakan elemen penting untuk menyokong IBS.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Artikel ini

No comments

Powered by Blogger.