Perkara sunat yang patut dilakukan selepas akad nikah

Kalau ada apa-apa cerita atau produk nak dikongsi ke dalam blog ini, terus je pm facebook Kriss Merah <= klik


4 + 1 PERKARA SUNAT SELEPAS AKAD NIKAH 
.
1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.

2. Sujud Syukur

Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.

3. Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).

4. Ister bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah

Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.

5. Ni pertambahan utk upacara pembatalan air sembahyang, HARAM hukumnya dok p sayang depan orang ramai, kesian kt yang belum berkahwin, lagi kesian kena tok bilal@tok imam yg dh isteri meninggal.meleleh ayaq lioq satgy..

Kalau nk buat acara batal air smbahyang jgk ada cara mudah, KENTUT ja terus..setel!

Semoga 4 perkara sunat ini dibuat ye selepas majlis akad nanti. Jangan lupa share kepada pasangan dan rakan-rakan. :)

Yang dah berKahwin pn ambik mood p la,mana taw rezeki menikah lagi kan. plg kurang pun Tag nama isteri masing2 ya... AMEN!! hahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kongsikan Cerita ini klik button di bawah

No comments

Powered by Blogger.